As-Safa Travels Tawar Pakej Umrah Tahun 2025 Buat Jemaah Ke Tanah Suci Serendah RM5,990
Memegang prinsip "Pergi Selamat, Pulang Selamat", As-Safa Travels mahu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah umrah pada masa akan datang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penyedia perkhidmatan umrah tanah air, As-Safa Travels & Tours Sdn. Bhd. (As-Safa Travels) mengambil pendekatan strategik dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri pelancongan di negara ini
Untuk itu, perancangan yang rapi dan usaha yang berterusan telah dibuat bagi memacu perkembangan syarikat yang kini berkembang dan dikenali di seluruh negara.
Menurut Pengarah Eksekutif, Hj Md Roslan Mohammad Jaafar, As-Safa Travels telah beroperasi selama 4 tahun kekal komited dan optimis segala perancangan yang dilaksanakan bertepatan dengan prinsip "Pergi Selamat, Pulang Selamat" akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah umrah pada masa akan datang.
"As-Safa Travels menawarkan konsep perjalanan premium yang mengutamakan kepuasan pelanggan serta keselamatan sepanjang perjalanan.
"Menunaikan Haji dan Umrah adalah amanah, bukan sekadar perkhidmatan. Ia melibatkan tanggungjawab besar untuk memastikan ibadah jemaah berjalan lancar dan diterima Allah. Dengan izin-Nya, kami berusaha melaksanakan setiap amanah dengan penuh keikhlasan.
"Dengan rasa tanggung jawab ini, kami melancarkan pakej baharu untuk tahun 2025, dimana semua orang mampu ke tanah suci untuk beribadah," katanya.
Image via As Safa Travels And Tours (Facebook)
Perkenalkan pakej Umrah Ekonomi 2025 dengan harga serendah RM5,990 untuk 8 hari 10 malam
Pakej berkenaan termasuk penerbangan Air Arabia dan penginapan di hotel dekat Madinah dan Mekah. Pakej ini dijadualkan pada bulan Februari dan April 2025, dengan Ustaz Roslan sebagai mutawwif.
Selain itu, syarikat juga menawarkan pakej Badal Haji 2025 yang terhad kepada 50 peserta sahaja dengan harga RM 5,500. Pakej ini termasuk sijil, air zamzam, sejadah, dan minyak wangi sebagai tanda penghargaan kepada peserta yang tidak dapat menunaikan ibadah Haji secara langsung.
As-Safa Travels turut menawarkan Pakej Premium bermula serendah RM9,890 beserta tawaran Haramian Train secara percuma.
"Dengan harga di bawah RM10,000, jemaah dapat menikmati kemudahan dan keselesaan di mana hotel berjarak dekat dengan masjid. Malah kami sediakan perkhidmatan tren secara percuma. Kami tidak menjanjikan bulan dan bintang, namun apa yang ditawarkan, itulah yang akan dinikmati jemaah apabila menunaikan umrah nanti.
"Selain Badal Haji, kami juga sediakan perkhidmatan Badal Umrah buat mereka yang mahu menunaikan ibadah umrah buat keluarga yang telah meninggal dunia," kongsinya lagi.
Image via As Safa Travels And Tours (Facebook)
Dalam pada itu, Pengurus Besar, Hj Mohammad Ahyat Md Roslan berkata, melalui kempen ini, As-Safa Travels berharap dapat menjangkau lebih ramai masyarakat, termasuk di kawasan bandar dan luar bandar.
Katanya, dengan nilai integriti, pengalaman yang terbukti, dan tumpuan kepada kepuasan pelanggan, syarikat ini terus melangkah ke hadapan.
"Kami percaya bahawa perjalanan Umrah dan Haji adalah pelaburan rohani yang besar. Al-Safa akan terus komited untuk memastikan setiap jemaah bukan sahaja dapat melaksanakan ibadah mereka dengan sempurna tetapi juga membawa pulang kenangan dan ketenangan hati.
"Kami bukan hanya menyediakan perkhidmatan, tetapi juga bukti pelaksanaan seperti sijil dan dokumentasi. Kepercayaan pelanggan adalah keutamaan kami. InsyaAllah, dengan setiap langkah, kami memastikan amanah ini ditunaikan dengan penuh tanggungjawab," ujarnya.
Image via As Safa Travels And Tours (Facebook)
Image via As Safa Travels And Tours (Facebook)
Image via As Safa Travels And Tours (Facebook)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment