Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Baru Tahu 1 Daripada 4 Askar Dalam Drama Korea 'Crash Landing On You' Ada Darah Malaysia!

“Saya juga merupakan satu-satunya anak lelaki. Ayah saya berbangsa Malaysia-Cina dan ibu saya adalah orang Korea yang dilahirkan dalam keluarga pelbagai budaya," ujarnya.

Cover image via Pinterest Instagram @t_js0813

Semenjak Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) dilaksanakan kira-kira sebulan lalu, berapa banyak drama Korea yang sudah anda 'khatam'?

Bahana wabak Covid-19 yang melanda dunia telah menyebabkan kerajaan persekutuan Malaysia untuk melaksanakan PKP bermula daripada 18 Mac yang lalu sehinggalah ke hari ini.

Image via Gempak

Oleh itu memang sudah dijangkakan, ramai di antara kita yang mula membuat aktiviti-aktiviti di rumah demi mengisi masa dan mengelak rasa bosan sepanjang berlangsungnya PKP ini.

Ada yang mula mencuba untuk membuat resepi-resepi viral yang didapati di dalam internet, ada yang mula bermain dengan aplikasi TikTok, bahkan ramai juga yang mula binge-watch atau dalam bahasa Melayu 'maratonton' drama-drama TV menerusi perkhidmatan penstriman media seperti Netflix, Iflix, Viu, dan lain-lain.

Image via NPR

Antara rancangan yang menjadi pilihan ramai sudah tentu drama-drama dari negara Korea Selatan. 

Bila bercakap pasal K-Drama ini, salah satu drama yang selalu menjadi sebutan ramai sudah semestinya drama 'Crash Landing On You'

Drama 'Crash Landing On You' mengisahkan tentang seorang waris orang kaya iaitu Yoo Seri (Son Yejin) dan pegawai dari Korea Utara iaitu Ri Junghyuk (Hyun Bin).

Image via Cinema Escapist

Kisah cinta mereka bermula apabila Yoo Seri terpaksa mendarat di Korea Utara selepas paragliding yang dinaikinya sedikit goyang kerana angin yang kuat. Semasa pendaratannya itu, dia tanpa sengaja telah terserempak dengan Ri Junghyuk dan lelaki itu telah berusaha menyembunyikannya agar tidak diberkas oleh pegawai Korea Utara yang lain.

Image via Facebook Hyun Bin 현 빈 - International Fans

Di kala rata-rata mata wanita memandang watak utama siri drama tersebut iaitu Hyun Bin, tapi sebenarnya sebahagian daripada kita lebih tertumpu kepada watak sampingan drama itu terutamanya 4 'geng' orang askar di bawah bimbingan Ri Junghyuk (Hyun Bin).

Image via IMDb

Image via KDrama Review

Tapi tahu tak salah satu daripada mereka yang juga merupakan askar bawahan termuda Kapten Ri, Geum Eun-Dong, dan dimainkan oleh Tang JunSang itu sebenarnya ada darah Malaysia?

Perkara ini sebenarnya telah dikongsikan seorang pengguna Twitter, @neyrashazeyra.

Menurut sebuah portal, Kpopmap, pelakon muda itu adalah salah seorang daripada hanya lima orang di Korea Selatan dengan nama keluarga Tang, yang mana nama itu bukanlah satu nama yang biasa di negara terbabit.

Image via Kpop Map

Bukan itu sahaja, dalam temu bual dengan Xportsnews, pelakon lelaki berusia 17 tahun itu menjelaskan mengenai nama dan latar belakangnya dengan berkata, "Saya orang Korea dan nama itu adalah nama sebenar saya. Kerana nama belakang saya istimewa, nampaknya banyak orang akan mengingati nama saya."

Image via Kpop Map

“Saya juga merupakan satu-satunya anak lelaki. Ayah saya berbangsa Malaysia-Cina dan ibu saya adalah orang Korea yang dilahirkan dalam keluarga pelbagai budaya," ujarnya lagi.

Namun begitu, pemuda itu tidak menyatakan dari mana sebenarnya ayahnya berasal atau sama ada dia pernah ke Malaysia sebelum ini.

Menarik!

Mana tahu Tang JunSang mungkin akan ‘balik kampung’ ke kampung halaman ayahnya suatu hari nanti?

Siapa lagi baru habis tengok drama Crash Landing On You?

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment