Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Atlet Dari Terengganu Ini Umum Masuk Islam Selepas Nazar Menang Pingat Emas Tercapai

Alhamdulillah.

Cover image via @timothyzxhra (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

SUKMA Sarawak 2024 masih menjadi kehangatan buat para peminat sukan Malaysia

Pelbagai aksi dan persembahan menarik ditonjolkan oleh atlet berbakat dari setiap negeri masing-masing.

Sudah tentu, SUKMA ini bukan sahaja sekadar sebuah pertandingan, tetapi ia menjadi tempat untuk para atlet berkongsi memori indah mereka.

Terbaru, seorang atlet dari Terengganu mencuri perhatian selepas dia menunaikan nazarnya di hadapan umum.

Image via @timothyzxhra (TikTok)

Sujud syukur di hadapan umum tanda sudah peluk Islam

Menerusi video TikTok dari @timothyzxhra, kelihatan seorang atlet Taekwando bernama Fu Ceen membuat sujud syukur selepas dia meraih pingat emas dalam pertandingan tersebut.

Di dalam video tersebut, pemilik akaun memberitahu Fu Ceen telah memeluk agama Islam.

Menurut sumber, Fu Ceen kini memilih nama Islamnya, Fathurrahman. Beliau juga kini berada dalam program atlet pelapis kebangsaan yang baru disertai tahun ini.

Malah, pengumuman tentang beliau telah memeluk agama Islam telah dilaksanakan olehnya di depan ahli keluarga selepas sahaja menang pingat emas itu.

"Saya telah mula memeluk Islam pada Disember tahun lepas.

"Kini saya sedang meluangkan masa bersama-sama dengan ibu saya kerana saya memang selalu meluangkan masa dengannya,"
katanya.

Lihat video itu di bawah:

Tahniah dan selamat datang wahai saudara baru :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment