Imam Masjid Dan 'Graduate' Ijazah Pada Usia 87 Tahun, Semangat Atok Ini Memang Inspiring!
Atok memang steady!
Atok ini memang sudah berusia 87 tahun, namun itu tidak menghalangnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang Teaching English as a Second Language (TESL)
Kisah inspirasi seorang atok yang masih steady ini dikongsi oleh cucunya sendiri, Nik Ezzah Zulaikha atau @eikazulaikha_ di Twitter.
"Atok saya mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang TESL pada usia 87 tahun," tulis Zulaikha. Tweet tersebut disertakan sekali dengan gambar atoknya segak memakai gaun konvokesyen.
Image via Twitter @eikazulaikha_
"Dia tak nak datang ke majlis konvokesyen, tetapi semua orang memujuknya untuk hadir," tulisnya lagi
Zulaikha juga menambah bahawa atoknya itu tidak peduli pun tentang ijazah tersebut dan hanya suka belajar tanpa mengira usianya.
Image via Twitter @eikazulaikha_
Tweet tersebut, yang dimuat naik pada Sabtu, 21 September 2019 mendapat lebih 16,000 retweets dan ramai netizen memuji semangat si atok dalam mencari ilmu pada usia sebegitu
Ada juga sesetengah netizen yang dapat mengecam wajahnya dan memberitahu bahawa atok ini adalah imam Masjid Kampung Tunku di Petaling Jaya
Zulaikha berasa amat tersentuh dengan kata-kata semangat yang diterimanya dan berterima kasih kepada semua di atas komen-komen positif
Steady lah atok! Kami tabik semangat atok!
Image via giphy.com
Nenek ni pun power. Umur 82 dapat Masters!
Leave a comment