"Auto Kreatif" - Suami Gigih Letak Gambar Isteri Di Skrin iPad Sebab Nak Bagi Anak Tidur
Macam tu je anak dia kena 'gula-gula'.
Tidak dinafikan, ayah dan ibu mempunyai cara mereka yang berbeza dalam urusan menjaga anak
Para ibu selalunya menjaga anak dengan sangat tertib dan melayan mereka dengan manja. Jika terdengar anak menangis sikit, ibu lah orang yang paling risau.
Manakala, lain pula dengan para ayah yang sering dikatakan kreatif apabila menjaga anak. Mereka akan mendedahkan anak dengan pelbagai aktiviti lasak dan di luar jangkaan.
Sama seperti sebuah video tular ini apabila seorang lelaki terpaksa meletakkan gambar isterinya di skrin iPad semata-mata ingin menidurkan anak telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Isteri pelik tengok cara suami tidurkan anak, rupa-rupanya letak muka sendiri di skrin iPad
Menerusi video yang dimuat naik oleh @harrisannuar, kelihatan lelaki itu sedang tidurkan anaknya di sofa ruang tamu rumahnya.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila si isteri yang kebetulan merakam video tersebut pelik melihat gelagat suaminya yang mengikat iPad di kepalanya.
Apabila ditanya mengapa dia berbuat sedemikian, lelaki itu menjawab "baru dia senyap". Kelihatan anak mereka sedang tidur dengan nyenyak di situ membuatkan si isteri tergelak.
Image via @harrisannuar (TikTok)
Image via @harrisannuar (TikTok)
"Hahaha kreatif betul paling risau iPad tu jatuh kat muka anak dia" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 52.1K likes dan 5.7K shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat lelaki itu. Malah, ramai yang menyuruh pasangan mereka membuat begitu juga.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @harrisannuar (TikTok)
Image via @harrisannuar (TikTok)
Image via @harrisannuar (TikTok)
Comelnya anak dia, geram admin tengok!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment