"Awak Tetap Cantik" - Muka Hidap Masalah Kulit, Wanita Ini Tak Kisah Dengan Kecaman Orang
Cantik je dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap wanita pastinya mahukan penampilan yang cantik dan menawan bukan?
Ia sudah menjadi lumrah untuk memakai alat solekan bagi mencantikkan diri sendiri. Bagi mereka, dengan memakai make up dan nampak cantik akan menambahkan lagi keyakinan diri.
Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita berkongsi masalah kulit wajahnya yang menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tetap yakin dengan diri sendiri walaupun hidap masalah kulit
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu berkongsi masalah kulit wajah yang telah dihidapinya. Menurut wanita itu, masalah kulit itu bermula sejak usianya enam tahun dengan sebiji ketulan.
Ketulan biji itu menjadi semakin banyak apabila usianya semakin menginjak sehinggalah kini. Malah, ia bukan disebabkan oleh produk kecantikan atau sebab yang lain.
Dia juga telah pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan tetapi sehingga sekarang masih belum dapat mengetahui penyakitnya itu.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Dah lah cantik, kuat semangat pulak tu" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum melihat kekuatan yang dihadapi oleh wanita tersebut.
Ramai juga yang masih bertanya apakah penyebab timbulnya masalah di wajahnya itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 17.5K views, 245 likes dan 49 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @syahqirah1226 (TikTok)
Image via @syahqirah1226 (TikTok)
Image via @syahqirah1226 (TikTok)
Image via @syahqirah1226 (TikTok)
Image via @syahqirah1226 (TikTok)
Image via @syahqirah1226 (TikTok)
Yang penting dia tetap konfiden dengan diri, respect! :)
Image via SAYS Seismik
Lagi berita terkini hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment