Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Awas Jika Pasangan Sudah Lama Tidak Mahu Berhubungan Intim, Ini Penjelasan Doktor

Pasangan boleh mendapatkan khidmat pakar dari doktor seterusnya kaunseling sekiranya perlu.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam rumah tangga, pasti ada pasang surutnya antara suami dan isteri

Sebab itu pentingnya komunikasi di dalam rumah tangga agar masalah dapat dibincang dan diselesaikan bersama.

Zaman sekarang, kedua-dua suami dan isteri perlu bekerja untuk memastikan kewangan keluarga kukuh. Jadi, bila balik rumah masing-masing penat.

Ada yang sampai tidak mahu atau menolak melakukan hubungan intim bila diajak oleh pasangan.

Banyak kes sekarang pasangan meluahkan pasangan mereka kurang melakukan hubungan intim

Oleh kerana masalah ini sering terjadi dan menjadi isu besar dalam rumah tangga, SEISMIK telah menemu bual Pakar Obstetrik & Ginekologi, Metro IVF Klang, Doktor Afida Sohana Awang Soh.

Menurut beliau, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan minat terhadap hubungan intim berkurangan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via AARP

Apakah punca berlakunya ini?

  • Masalah Kesihatan
    Hubungan intim antara suami isteri boleh terjejas disebabkan oleh masalah kesihatan. Ini bukan hanya melibatkan gangguan kesihatan fizikal, malah kesihatan mental juga. Justeru, penting untuk pasangan bertemu doktor untuk memastikan tiada aspek kesihatan yang menyebabkan punca permasalahan ini.
  • Keinginan yang berbeza
    Tidak semua individu mempunyai keinginan hubungan seks yang sama. Dalam situasi ini, komunikasi antara suami isteri amat penting untuk memahami keinginan dan 'preference' satu sama lain.
  • Keletihan atau kelesuan
    Kelesuan melampau contohnya kerana penjagaan bayi, ditambah lagi dengan perubahan hormon pada ibu yang baru melahirkan boleh mengurangkan keinginan untuk bersama. Kesibukan atau waktu kerja yang panjang juga boleh menjejaskan keinginan individu untuk melakukan hubungan intim.
  • Kesan Sampingan Ubatan
    Ada sesetengah ubat mempunyai kesan sampingan yang boleh menjejaskan keinginan untuk hubungan intim.
  • Trauma
    Kesan trauma dari pengalaman lalu, atau kecederaan yang pernah dialami, juga boleh menjejaskan serta mengurangkan keinginan pasangan untuk bersama melakukan hubungan intim.

Gambar sekadar hiasan.

Image via All Relationships Matters

Apa nasihat doktor bagi pasangan di luar sana untuk menangani masalah ini?

Doktor Afida menjelaskan agar pasangan mengenal pasti isu atau penyebab permasalahan ini terlebih dahulu. Kemudian mulakan komunikasi yang baik antara kedua-dua belah pihak adalah amat penting. 

Malah, jika semua perkara di atas sudah dilakukan atau sudah dibincangkan, adalah lebih baik jika anda dan pasangan untuk mendapatkan khidmat pakar daripada doktor seterusnya kaunseling sekiranya perlu.

Doktor Afida Sohana Awang Soh, Pakar Obstetrik & Ginekologi, Metro IVF Klang.

Image via Provided to SEISMIK

Apa-apa pun bincang elok-elok dengan pasangan dan ketahui puncanya terlebih dahulu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment