seismik

[VIDEO] Azizulhasni Kongsi Antara Fasiliti Menarik Yang Ada Di Perkampungan Olimpik

Semoga berjaya The Pocket Rocketman!

Cover image via @azizulhasniawang (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di media sosial ramai atlet yang berkongsi pengalaman dan fasiliti ketika mereka berada di Perkampungan Olimpik

Ia termasuk perkongsian daripada atlet negara iaitu Datuk Mohd Azizulhasni Awang atau dikenali dengan gelaran The Pocket Rocketman.

Beliau berkongsikan antara fasiliti menarik untuk atlet yang ada di Perkampungan Olimpik.

Kongsi atlet boleh dapatkan servis cuci baju secara percuma dan beberapa fasiliti lain

Menerusi posting di TikTok miliknya, beliau berkongsi salah satu kemudahan menarik yang disediakan di Perkampungan Olimpik adalah atlet boleh mendapatkan servis dobi secara percuma.

Difahamkan, atlet boleh membawa pakaian kotor mereka ke salah satu daripada 12 bilik dobi yang disediakan oleh penganjur setiap hari antara 7 pagi hingga 10 malam secara percuma.

Menurut beliau, jika atlet menghantar baju mereka sebelum pukul 10 pagi mereka akan mendapat baju dalam hari yang sama. Video itu meraih perhatian ramai yang mahu menjadi atlet.

Malah, bukan itu sahaja, beliau juga ada berkongsi beberapa perkara dan kemudahan lain di situ seperti minuman tanpa limit percuma, sekuriti yang ketat, bilik kesihatan dan sebagainya.

Untuk rekod, pasukan berbasikal trek negara diketuai Datuk Azizulhasni Awang yang mula memburu pingat Sukan Olimpik Paris 2024 di Saint-Quentin-en-Yvelines hari ini, perlu memberikan perhatian serius terhadap permainan taktikal pelumba pasukan lawan.

Pemenang pingat perak keirin Azizul dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom akan beraksi dalam acara pecut bermula hari ini hingga Jumaat (7-9 Ogos), manakala Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang menyertai Olimpik buat kali pertama akan beraksi dalam acara keirin wanita hari ini dan esok.

Kita doakan semoga pasukan trek berbasikal berjaya dan meraih pingat emas Olimpik buat negara!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: