seismik

BABA'S Kembali Sebagai Penaja Utama Karnival Jom Heboh BABA'S Di Johor Hujung Minggu Ini!

Temui pasukan BABA’S dan personaliti popular TV3 di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall pada 1 hingga 3 November 2024.

Cover image via BABA'S & U (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh BABA'S.

Berita baik untuk rakyat Malaysia yang berada di selatan tanah air, BABA'S kembali sebagai penaja utama Karnival Jom Heboh BABA'S di Johor hujung minggu ini!

Bertempat di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall dari 1 hingga 3 November 2024, orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Karnival Jom Heboh BABA'S ini.

Pelbagai tawaran menarik, hadiah istimewa, dan aktiviti menyeronokkan menanti pengunjung, terutamanya buat peminat setia produk BABA’S!

Goodies Bag RM10 – Rencah terbaik untuk melengkapkan hidangan!

Jom ke reruai BABA’S dan dapatkan goodies bag eksklusif bernilai RM10 yang mengandungi tujuh paket rempah BABA’S!

Ini peluang terbaik untuk anda yang gemar memasak dan mahu mencuba pelbagai rencah untuk hidangan kegemaran. Tak perlu risau, semua produk BABA’S adalah 100% Halal dan berkualiti tinggi.

Jangan terlepas peluang untuk bawa pulang goodies bag ini yang dijamin berbaloi!

Temui pasukan BABA’S dan personaliti popular TV3

Khas buat pengunjung yang hadir di KJH kali ini, korang berpeluang bertemu dengan pasukan BABA’S serta personaliti TV3 yang popular.

Sesi ramah mesra ini pastinya akan menceriakan hari korang, di samping peluang untuk mengambil gambar bersama personaliti terkenal. Jom meriahkan suasana di booth BABA’S!

Demo masakan menarik – Saksikan kehebatan Roti Terbang oleh Chef Matt!

Pengunjung turut dijemput untuk menyaksikan demonstrasi masakan oleh Chef Matt, Flying Chef BABA’S yang terkenal dengan aksi Roti Terbang!

Buat pertama kalinya di KJH, anda berpeluang melihat sendiri cara pembuatan Roti Terbang serta pelbagai resipi lain seperti Nasi Briyani, Murtabak Ayam BABA’S, Sup Kambing, Rendang Ayam, Gulai Ayam, dan Laksa Johor yang pastinya enak!

BABA’S Halal Corner – Peluang menang hadiah dan aktiviti menarik!

BABA’S Halal Corner adalah satu lagi tarikan yang tidak patut dilepaskan.

Sebagai jenama yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sejak 28 tahun lalu, BABA’S memastikan setiap produk yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan memenuhi standard Halal.

Di sini, anda boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, Kuiz Halal, Halal Spin Wheel, Halal Cross Word, dan Cabutan Bertuah dengan hadiah-hadiah hebat untuk dimenangi!

Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan suasana Karnival Jom Heboh BABA’S di Johor Bahru kali ini.

Ajak keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama menikmati tawaran istimewa, aktiviti yang menyeronokkan, serta mempelajari kepentingan Halal bersama BABA’S. 

Hangatkan rasa keceriaan dan nikmati keberkatan bersama BABA’S Rencah Hidupku!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik