“Bahasa German Darkweb” - Netizen Terhibur Dengar Perbualan Lelaki Ini Dengan Anak Buahnya
Kenapa comel sangat ni?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebagai ibu bapa atau penjaga, kita disarankan untuk mengajar anak-anak belajar bercakap sejak mereka kecil lagi
Hal ini bertujuan untuk mengelakkan mereka daripada terpengaruh dengan bahasa kartun atau pelat.
Namun, bukan semua kanak-kanak boleh bercakap dengan cepat kerana proses itu sememangnya mengambil masa yang agak lama.
Tetapi, berbeza pula dengan sebuah video yang tular di laman TikTok ini apabila seorang lelaki mengajak anak buahnya berborak menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ajak borak pasal mercun naga, tapi last-last tak faham apa anak buah cakap
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @pakcikkimy, kelihatan dia sedang berada di sebuah taman permainan bersama anak buahnya.
Dia memberitahu anak buahnya itu yang dia ada membeli mercun naga. Namun, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila anak buahnya itu berinteraksi dengannya menggunakan bahasa yang sukar difahami.
Lebih melucukan lagi, anak buahnya seolah-olah faham dengan perbualan itu siap menongkat dagu seperti orang besar. Tetapi, pak ciknya tetap tidak faham apa yang dikatakan oleh si kecil itu.
Image via @pakcikkimy (TikTok)
Image via @pakcikkimy (TikTok)
"Part dia cakap 'hmmm' tu comel hahaha. Google je yang boleh faham budak-budak" - Warganet
Ikutan tularnya video tersebut yang kini mendapat 1M tontonan, 95.9K tanda suka dan 2.1K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat mereka berdua.
Malah, ramai yang berkongsi tentang anak buah mereka yang juga suka bercakap bahasa sendiri sehingga susah untuk difahami.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @pakcikkimy (TikTok)
Image via @pakcikkimy (TikTok)
Image via @pakcikkimy (TikTok)
Image via @pakcikkimy (TikTok)
Image via @pakcikkimy (TikTok)
Image via @pakcikkimy (TikTok)
Image via @pakcikkimy (TikTok)
Image via @pakcikkimy (TikTok)
Image via @pakcikkimy (TikTok)
Image via @pakcikkimy (TikTok)
Ada yang faham adik tu cakap apa? Yang penting dia comel okay! :)
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment