#Bajet2023: Rakyat Yang Diisytihar Muflis & Golongan Banduan Diberi Peluang Kedua
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri.
Kerajaan hari ini mengumumkan rakyat yang diisytiharkan muflis akan diberikan peluang kedua
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Belanjawan 2023. Setakat Januari, lebih 260 ribu kes muflis telah direkodkan yang turut melibatkan golongan dewasa majoritinya Melayu yang punyai potensi menyumbang kepada ekonomi negara.
Oleh itu, Kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat.
Sementara menunggu pindaan, kes-kes kecil yang hutangnya kurang 50 ribu ringgit yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini. Kerajaan juga menyasarkan 130 ribu rakyat dilepaskan daripada status muflis dengan lulusnya pindaan berkena
Image via Sinar Harian
Sementara itu, golongan banduan juga wajar mendapat peluang kedua. Bagi kepentingan dan asimilasi semula ke dalam masyarakat, banduan akan terus diberi latihan secukupnya melalui program Skill for Inmate.
Majikan juga digalakkan untuk menggaji banduan termasuk bekas penghuni Sekolah Henry Gurney dan institusi perlindungan dan pemulihan JKM dan layak mendapat potongan cukai tambahan.
Program Agro Penjara untuk banduan terlibat dalam aktiviti pertanian yang dilaksanakan di atas tanah penjara seluas 70 hektar akan terus diperkasa dengan peruntukan 10 juta ringgit.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment