#Bajet2024: Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Kredit RM100 Untuk 12 Bulan Buat 700 Ribu Orang
Pada awalnya, hanya 200,000 penerima layak dapat bantuan ini.
Kerajaan telah perkenalkan bantuan baru iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun ini
Menerusi bantuan tersebut, seramai 200,000 penerima STR telah mendapat kredit RM100 dalam myKad untuk tempoh enam bulan.
Berita baiknya adalah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700,00 penerima STR di mana mereka akan mendapat RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.
Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai runcit untuk membeli keperluan asas dengan menunjukkan myKad sahaja.
Image via Malaysiakini
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment