Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

#Bajet2025: Bantuan Bulanan Warga Emas, Kanak-Kanak Miskin Dinaikkan Kepada RM600 & RM250

Semoga bermanfaat untuk warga emas dan kanak-kanak miskin.

Cover image via Parlimen Malaysia (YouTube)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan memaklumkan peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dinaikkan kepada RM2.9 bilion dalam Belanjawan 2025 yang diumumkan hari ini

Menerusi tambahan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan ditingkat.

"Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan berbanding RM500 sebulan.

"Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkan iaitu daripada RM200 kepada RM250 seorang bagi anak berusia enam tahun dan ke bawah; serta daripada RM150 kepada RM200 seorang bagi anak lingkungan usia tujuh hingga 18 tahun; tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga," kata Anwar di Dewan Rakyat.

Image via Parlimen Malaysia (YouTube)

Image via Parlimen Malaysia (YouTube)

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata bagi Wilayah Persekutuan, Kadar Bantuan Am dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100 dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak RM500 sebulan.

"Saya percaya Kerajaan Negeri akan turut menambah baik Kadar Bantuan Am Negeri.

"Jika dihitung keseluruhan bantuan STR, SARA dan JKM: Isi rumah miskin dengan tiga anak layak menerima bantuan lebih RM13,000 setahun, yakni suatu peningkatan.

"Untuk warga emas miskin pula layak menerima bantuan lebih RM10,000. Ini bermakna tidak ada rakyat di Malaysia yang berpendapatan kurang RM1,100 sebulan. Dan ini belum mengambil kira bantuan daripada Kerajaan Negeri, Zakat danYayasan," katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment