seismik

#Bajet2025: Kerajaan Peruntuk 281 Juta Baiki Cerun Seluruh Negara & Tangani Tanah Jerlus

Ia susulan insiden yang menimpa wanita warga India pada Ogos lalu.

Cover image via Parlimen Malaysia & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sebanyak RM281 juta bakal diperuntuk bagi mengawal insiden tanah jerlus di negara

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Image via Parlimen Malaysia

Menerusi pembentangan Bajet 2025, beliau memberitahu lebih 250 juta ringgit bakal dikeluarkan untuk membaiki cerun di seluruh negara, manakala 21 juta ringgit untuk mengekang isu tanah jerlus di Kerian Laut, Perak, Kedah dan Perlis.

Sementara itu, 10 juta ringgit pula diperuntuk bagi melaksana Kajian Geoteknikal Struktur Lapisan Tanah di jalan-jalan utama sekitar Segi Tiga Emas Kuala Lumpur.

Inisiatif ini adalah susulan kes tanah jerlus dan tanah runtuh yang sering berlaku di Malaysia. Ini termasuk kejadian tragis yang menimpa seorang wanita warga India yang terjatuh di tanah mendap di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu. 

Image via Harian Metro

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: