Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

#Bajet2025: Penjawat Awam Terima Bantuan Khas RM500 & Pesara RM250, Dibayar Februari 2025

Bantuan khas kewangan itu layak diterima oleh semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250.

"Bantuan ini akan disalurkan pada Februari 2025," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025, hari ini.

Image via Parlimen Malaysia (YouTube)

Sementara itu bagi terus memelihara kesejahteraan penjawat awam, kerajaan mengumumkan beberapa peruntukan termasuk menyediakan lebih RM1.8 bilion bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam.

Perdana Menteri, berkata ia membabitkan kuarters termasuk guru, doktor, anggota polis, bomba, penjara dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera.

"Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan memperkenalkan Skim Pembiayaan PerumahanMuda untuk penjawat awam muda memohon pembiayaan perumahan sehingga 40 tahun," katanya.

Kerajaan akan meluaskan dan memudahkan Skim Ex-Gratia bencana kerja bagi memperkasa perlindungan sosial kepada semua penjawat awam di negara ini.

Anwar berkata bayaran faedah Ex-Gratia Operasi sehingga RM50,000 akan diberikan bagi bencana kerja mulai tahun ini kepada anggota pasukan keselamatan dan penguatkuasaanyang hilang upaya kekal semasa dalam operasi.

Selain itu, katanya bayaran faedah Ex-Gratia Pukal sebanyak RM20,000 turut diberikan sebagai tambahan kepada waris bagi kes kematian bencana kerja mulai tahun ini.

"Kadar Elaun Layanan Sentiasa dinaikkan kepada RM1,500 ketimbang RM500 mulai 1 Januari 2025 termasuk kepada penerima sedia ada," katanya.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Image via Berita Harian

Dalam pada itu elaun tugas atas panggilan dinaikkan antara RM55 hingga RM65 kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian mengikut bidang perkhidmatan dan jabatan tertentu.

Perdana Menteri, berkata ia diberikan kepada pegawai yang berkhidmat di fasiliti kesihatan yang menggunakan sistem kerja baharu di hospital dan klinik kesihatan secara bersasar.

Selain itu katanya, kerajaan akan menanggung kos pengajian sebanyak 50 peratus atau maksimum RM15,000 kepada penjawat awam yang berkhidmat melebihi 15 tahun untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

"Ia diberikan di bawah Program APEL.Q di bawah kendalian Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), sejajar dengan dasar pembelajaran sepanjang hayat," katanya.

Kerajaan juta bersetuju kadar Bantuan Sara Hidup berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen dinaikkan kepada RM500 sebulan berbanding RM300 pada masa ini.

Perdana Menteri, berkata kerajaan turut bersetuju melanjutkan bayaran penghargaan khas kepada pesara dan penerima pencen terbitan mulai Januari hingga Disember 2025.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment