Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Bali Cadang Naikkan Cukai Pelancongan Kepada RM236 Bagi Cegah Pelancong Berkelakuan Biadap

Pelaksanaan cukai itu baru saja dibuat pada 14 Februari lalu.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis Perundangan Wilayah Bali mencadangkan kenaikan cukai pelancongan daripada 150 ribu Rupiah bersamaan RM42 kepada RM236 dalam mencegah pelancong yang berkelakuan biadap

Image via virginaustralia.com

Menurut laporan Awani, Ketua Majlis Perundangan Wilayah Bali, Kresna Budi memberitahu ia adalah langkah terbaru pulau peranginan itu ekoran peningkatan pelancong yang bersikap tidak senonoh sehingga mengganggu penduduk tempatan.

Katanya, mereka yang melawat Bali haruslah mempunyai kualiti yang lebih tinggi dan bukannya mereka yang berani melanggar undang-undang serta tidak menghormati norma dan budaya rakyat tempatan di sana.


Kresna turut mencadangkan bahawa sebahagian daripada cukai yang dikutip boleh digunakan untuk menubuhkan unit polis pelancongan untuk menangani isu pelancongan secara khusus

Image via finnsbeachclub.com

Dia juga berharap bahawa pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai dapat mengutip cukai dengan lebih cekap sambil menambah peratusan cukai yang dkutip boleh diperuntukkan kepada pihak imigresen dan lapangan terbang.

Perlaksanaan cukai sebanyak 150 ribu Rupiah pada 14 Februari lalu, hanya 40% daripada anggaran 2.2 juta pelancong masuk ke Bali telah membayar, menurut agensi pelancongan pulau itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment