"Bapak Haram J**ah!" - Bapa Paksa Anak Mengemis Dalam Hujan Demi Bayar Hutang Ah Long
Allahu, tergamaknya.
Empat hari lalu, seorang pengguna Facebook, Joe Bagan memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan seorang kanak-kanak sedang mengemis di dalam stroller
Image via Joe Bagan / Facebook
Joe Bagan menjelaskan bahawa kanak-kanak dalam lingkungan 3-4 tahun itu sebenarnya telah dipaksa mengemis oleh bapanya sendiri. Lebih menyedihkan, kanak-kanak itu mengemis seorang diri pada waktu malam di bawah hujan.
Kejadian itu dikatakan berlaku di Uptown Perda di Pulau Pinang pada malam 27 Oktober 2019.
Image via Joe Bagan / Facebook
"Bapak haram jadah! Sendiri buat hutang tak boleh bayar, pakai anak mintak sedekah," tulis Joe.
Anak kecil itu diletakkan bersama sebuah bekas untuk mengutip derma bagi meraih simpati orang ramai supaya si bapa dapat melangsaikan hutang Ah Long.
Bapa kanak-kanak itu dilihat berada tidak jauh dari situ, barangkali hanya standby untuk melihat keadaan anaknya dari dalam kereta
Image via Joe Bagan / Facebook
Menurut sumber, pemuda itu perlu membayar hutang Ah Long sebanyak RM38 sehari. Sumber lain pula mengatakan bahawa kenderaan Perodua Kelisa yang dipandunya itu adalah milik isterinya.
Kedua-dua sumber ini bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Image via Joe Bagan / Facebook
Image via Joe Bagan / Facebook
Netizen yang membaca perkongsian Joe Bagan itu turut sama naik angin
Image via Joe Bagan / Facebook
Nak dijadikan cerita, perkara itu dirahsiakan daripada ibu kepada kanak-kanak tersebut. Namun, si bapa akhirnya mengakui kesalahan dan memohon maaf.
Melalui akaun Facebook dengan nama Aepool Kojack, si bapa memohon maaf dengan tindakan tersebut dan akan ke balai polis untuk menyerah diri.
“Saya memohon maaf atas tindakan saya dan mengaku kesalahan saya. Saya sedia menerima tindakan undang-undang. Saya akan ke balai polis untuk serah diri.
"Isteri saya tidak tahu menahu tentang tindakan saya ini, saya hanya beritahu mahu minta bantuan di masjid. Saya berjanji tidak akan melakukannya lagi," tulisnya.
Image via Joe Bagan / Facebook
Beliau menambah sebenarnya beliau sudah pun ke masjid tetapi tiada orang. Beliau juga sudah mencuba sedaya-upaya mencari sumber kewangan lain namun gagal.
“Di sini ingin dinyata, kami sudah cuba sedaya-upaya mencari sumber kewangan untuk membayar hutang Ah Long. Saya mempunyai masalah kebuntuan dan sering buat keputusan terburu-buru. Saya buntu dan tidak berfikir panjang dengan ambil keputusan untuk meminta derma di Uptown Perda.
“Isteri saya tidak menahu cara saya menyelesaikan masalah ini. Saya sendiri buat keputusan untuk meminta derma. Kerana buntu dan terdesak. Saya mengaku kesalahan ini. Dan saya sebagai bapa dan suami bertanggungjawab dengan tindakan saya yang telah menyakiti ramai orang," tulisnya lagi.
Okay yang ni serius best!
Leave a comment