Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Baru Sehari Kerja Dah Berhenti, Alice Chang Siap 'Demand' Gaji Sebab Dakwa Diri Popular

Difahamkan, dia ketika itu baru bekerja di sebuah kedai menjual baju tradisional India.

Cover image via @indya_my (TikTok) Facebook

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti rata-rata di sini yang pernah mendengar atau melihat berita mengenai seorang individu bernama Alice Chang bukan?

Dia sebelum ini tular selepas memuat naik video dan gambar mencium tepung doh roti ketika bekerja di sebuah syarikat.

Disebabkan itu dia diberhentikan serta-merta selepas mendapat kecaman ramai. Malah, dia kini dilihat aktif mencari kerja dan mencuba ke tempat baru.

Namun, dia kini menjadi tular kembali selepas dikatakan berhenti di tempat kerja barunya walaupun baru satu hari di sana.

Dakwa diri popular, gaji tak kena dengan kesesuaiannya

Menerusi perkongsian di Facebook, kelihatan perbualan WhatsApp di antara Alice dan majikannya tersebar selepas dia memberitahu mahu berhenti kerja.

Difahamkan, dia ketika itu baru bekerja di sebuah kedai menjual baju tradisional India sehingga video promosinya mengenakan sari bersama pekerja lain tular.

Namun, tiada angin tiada ribut, dia telah meletakkan jawatannya. Hal itu disebabkan dia merasakan gaji yang dibayar tidak setimpal dengan keberadaannya di situ.

"Hi Sathia, saya ingin minta maaf untuk memaklumkan kepada awak selepas membuat pertimbangan dengan teliti, saya telah memutuskan bahawa tidak akan dapat meneruskan kerja di kedai anda.

"Ibu saya memberitahu bahawa gaji saya tidak memenuhi keperluan saya, terutamanya memandangkan populariti saya yang semakin meningkat di media sosial," katanya.

Image via Facebook

Image via Facebook

Malah, dia memberitahu dengan popularitinya yang semakin meningkat telah melayakkan dirinya untuk 'demand' lebih gaji kerana boleh memberi impak kepada sesebuah syarikat.

Tidak hanya itu, di akhir perbualan dia meminta pengurus kedai tersebut untuk membuat bayaran RM80 selepas sehari dia bekerja di kedai itu.

Kedai tersebut juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini dan menjelaskan apa yang berlaku.

Lihat di bawah:

Image via @indya_my (TikTok)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment