Bekas Adik Ipar Mahu Saman Usahawan, Iqbal Zulkefli Lebih RM5 Juta?
Tindakan itu dibuat selepas Iqbal didakwa membuat tohmahan dan memfitnah sehingga mencemarkan maruah dirinya termasuk mengalami kerugiaan dalam perniagaan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bekas adik ipar usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli atau dikenali sebagai Iqbal iaitu Ayunie dikatakan mahu mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman usahawan itu sebanyak lebih RM5 juta
Ayunie atau nama sebenar Anes Ayunie Osman, 22, berkata, tindakan itu dibuat selepas Iqbal didakwa membuat tohmahan dan memfitnah sehingga mencemarkan maruah dirinya termasuk mengalami kerugiaan dalam perniagaan.
"Kali ini saya nak bersuara sebab sudah penat dengan permainan bodoh ni. Selama ni saya sabar sebab ikut arus undang-undang seperti yang keluar daripada mulut dia (Iqbal).
"Saya sabar dengan segala tomahan, fitnah, perkara tak betul yang dia lemparkan sehingga mencemarkan maruah saya.
"Nak tak nak kali ini dia kena jawab saman saya. Sila hadirkan diri di mahkamah kalau betul dia benar. Sebab saya percaya saya benar. Saya tak keluarkan apa-apa bukti lagi," katanya.
Image via @ayunieso24 (TikTok)
Dakwa Iqbal pernah menyatakan mahu menyaman dirinya dan masih menunggu surat saman itu
"Saya pelik sebab sebelum ini dia kata nak saman, tapi sampai sekarang tak ada pun. Siap kata sudah lantik peguam.
"Tetapi, sudah berbulan lamanya saya tunggu tak sampai pun surat tuntutan ataupun mana-mana surat saman.
"Apabila saya hantar peguam untuk selesaikan hak saya selepas dia mencemarkan nama saya, dan dalam masa sama saya mahu mencari titik noktah, tapi dia jadikan perkar ini satu 'permainan' pula.
"Sehinggakan peguam dia cakap tidak lagi mewakili Iqbal," katanya yang juga seorang pempengaruh di media sosial.
Ayunie yang mengusahakan produk Vitamilk berkata, tindakan Iqbal itu seolah-seolah sengaja mahu menjadikan ia satu 'marketing' dan kepentingan dirinya.
"Apa yang dia cuba buat selama ini adakah untuk 'marketing' saja? Puas hati tengok orang bergaduh? Sebelum ni saya dengan adiknya baik-baik sahaja," ujarnya.
Tonton video penuh Ayunie di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment