Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu" - Cipta Rekod Baru Dalam Industri Penyiaran Malaysia

Diiktiraf oleh Malaysia Book Of Record sebagai “Siaran Radio Tanpa Henti Terpanjang di Gunung Kinabalu.”

Cover image via @hotfm976 (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Melakar sejarah baharu dengan kejayaan bersiaran selama 24 jam tanpa henti sepanjang ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu

Team Bekpes Hot di Puncak Kinabalu

Image via @hotfm976 (Instagram)

Setelah mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio nombor 1 di Malaysia sekali lagi melalui kajian Nielsen baru-baru ini, Hot FM kini melakar sejarah baharu dengan kejayaan bersiaran selama 24 jam tanpa henti sepanjang ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu melalui kempen “Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu” pada 14 dan 15 November 2024. Pencapaian ini telah dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai rekod baharu kerana belum pernah ada stesen radio di Malaysia yang melaksanakan siaran langsung seumpamanya.

Bekpes Hot, terdiri daripada penyampai popular KJ, Johan, Fara, dan AG, disertai oleh beberapa rakan ekspedisi termasuk Datuk Muqharabbin Mokhtarrudin (Qobind), pendaki termuda Asia Tenggara di Gunung Everest, Doktor Hazwan Khair, Ketua Perubatan Sukan Selangor FC selaku pegawai perubatan yang memantau serta penasihat kesihatan untuk ekspedisi ini dan Rozlinawaty (Ozlynn Waty), serta kru Hot FM. Mereka memulakan pendakian dari Timpohon Gate di Taman Kinabalu pada 14 November 2024, jam 8:30 pagi.

Image via @hotfm976 (Instagram)

Johan bersama isterinya, Ozlynn

Image via @hotfm976 (Instagram)

Setelah tiba di Panalaban Base Camp pada ketinggian 3,272 meter dari aras laut sekitar jam 6.58 petang, mereka berehat sebelum menyambung perjalanan ke puncak Gunung Kinabalu pada jam 3:00 pagi, 15 November 2024. Pada jam 6.15 pagi, Bekpes Hot dan kumpulan pendakian tiba di puncak setinggi 4,095.2 meter dari aras laut. Sementara itu, Fara Fauzana tidak meneruskan perjalanan bersama rakan-rakan lain ke puncak Gunung Kinabalu disebabkan oleh faktor kesihatan. Fara Fauzana memulakan perjalanan menuruni Gunung Kinabalu pada jam 8.00 pagi ditemani oleh pemandu arah dan sampai ke Timpohon Gate di Taman Kinabalu pada jam 2.40 Petang, KJ tiba pada jam 2.58 Petang, Johan & AG berjaya menuruni Gunung Kinabalu pada waktu petang, 15 November 2024.


Dianugerahkan sijil Malaysia Book of Records atas kejayaan mencatat rekod baharu bagi kategori “Siaran Radio Tanpa Henti Terpanjang di Gunung Kinabalu”

Image via @hotfm976 (Instagram)

Hot FM melalui Bekpes Hot dianugerahkan sijil Malaysia Book of Records atas kejayaan mencatat rekod baharu bagi kategori “Siaran Radio Tanpa Henti Terpanjang di Gunung Kinabalu.” Sijil penganugerahan ini disampaikan oleh wakil Malaysia Book of Records, Megat Faris Hussein Bin Megat Muzaffar Shah, yang turut mendaki bersama mereka untuk merakam detik bersejarah ini di Panalaban Base Camp sebelum meneruskan perjalanan untuk meneruni Gunung Kinabalu.

Matlamat kempen ini adalah untuk membuktikan bahawa Hot FM lebih daripada sekadar stesen radio dengan menyahut cabaran mendaki Gunung Kinabalu sambil bersiaran langsung tanpa henti. Ini juga memperlihatkan daya tahan dan inovasi teknikal stesen dalam memastikan sambungan siaran terus berjalan lancar sepanjang pendakian. Sebagai stesen radio Malaysia pertama yang berani mencuba pencapaian luar biasa ini, Hot FM terus mengukuhkan komitmennya untuk kekal relevan dan dekat di hati peminat.



Image via @hotfm976 (Instagram)

Pengarah Kandungan Kanan Hot FM, Raja Khairil Idris Raja Aznan, berkata, "Kejayaan Bekpes Hot dalam mendaki puncak Kinabalu merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan. Semangat juang dan kekeluargaan KJ, Johan, dan AG dalam memberi sokongan kepada Fara Fauzana yang gigih tiba di Laban Rata walau menempuhi banyak cabaran adalah bukti setiakawan mereka. Inilah nilai yang dibawa oleh Hot FM – sentiasa di sisi peminat dalam apa jua keadaan. Sebab itu, Hot FM kekal sebagai pilihan nombor satu rakyat Malaysia."

Pencapaian bersejarah ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan dan kerjasama rakan kolaborasi kami seperti Kopi SUPER™ sebagai Penaja Utama siaran luar, ANBOT sebagai Penaja Bersama siaran luar, Firefly sebagai Rakan Penerbangan, dan Amazing Borneo selaku Rakan Strategik yang menguruskan logistik dan hospitaliti keluarga Hot FM sepanjang kempen ini.



Saksikan video pendek team Bekpes Hot tawan puncak Kinabalu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment