Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Beli Rumah Masa Muda Tak Gah!" - Lelaki Kongsi Perkara Tersembunyi Yang Ramai Tak Sedar

Jangan hanya nampak pada kebaikan sahaja tanpa memandang sisi keburukan.

Memiliki sebuah rumah pada usia muda boleh menjadi satu pengalaman yang amat mengujakan bagi kebanyakan orang

Daiyan Trisha membeli rumah pada usia 25 tahun.

Image via Daiyan Trisha

Dengan situasi ekonomi dan kewangan negara yang kian tidak stabil, sesetengah orang menganggap membeli rumah adalah perkara yang agak mustahil untuk dicapai pada masa kini.

Harga rumah yang semakin melambung tinggi juga menjadi salah satu faktor mengapa rumah sukar dimiliki, lebih-lebih lagi pada usia muda.

Sebab itulah sesetengah orang berpendapat membeli rumah pada usia muda itu adalah satu pencapaian besar!

Lelaki ini berjaya memiliki rumah dan kereta idaman dalam usia 24 tahun.

Image via Yt Farhan (Facebook)

Mana tidaknya, secara automatik anda telah dikira mempunyai aset dan rumah merupakan aset terpenting yang setiap orang perlu ada dalam hidup.

Jika ditanya pada diri sendiri, pastinya setiap orang mahu memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebelum mencecah usia 30 tahun. Nampak gah, bukan?

Namun begitu, tak semuanya indah

Pernah dengar ada orang sengsara tak cukup duit setiap bulan semata-mata nak 'maintain' rumah yang dibelinya? Memiliki aset pada usia muda memang nampak indah, tapi realiti sebenarnya berbeza.

Seorang lelaki, Iffat Salleh yang sudah memiliki dua buah rumah menyarankan agar golongan muda bekerja tidak mudah tertipu dengan pendapat popular ini. Perkongsian Iffat menerusi Twitter itu telah mendapat 7.4k retweets dan 8.1k likes ketika artikel ini ditulis.

Image via Twitter @iffatsalleh

Menurut Iffat, ada terlalu banyak perkara yang perlu dititikberatkan secara terperinci sebelum membuat keputusan membeli rumah. Baca bebenang penuh di bawah:

Faktor pekerjaan tidak tetap dan kredibiliti pemaju pun penting untuk diambil kira

"Ingat mudah ke buat sewa rumah?"

Akhir sekali, Iffat berkata tiada salahnya membeli rumah pada usia muda. Namun golongan muda perlu lebih peka tentang sisi keburukan yang tidak ramai ceritakan kepada umum.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Kami ada banyak lagi artikel tentang hartanah untuk anda jadikan panduan. BACA DI BAWAH:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment