Beratur Seawal Jam 2 Pagi, Pusat Rawatan Didakwa Berjaya Bantu Ramai Orang Berjalan Semula
Semuanya dengan izin Allah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT tidak akan terlepas daripada terkena ujian
Ada di antara mereka yang diuji dengan kesakitan, kesusahan hidup, kematian dan sebagainya berdasarkan kepada tahap mereka.
Namun, dalam pada ditimpa ujian kita juga perlu bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup di atas muka bumi ini.
Selain berdoa kepada Allah untuk diberikan kesembuhan pada penyakit yang dialami, kita juga boleh ikhtiar dengan cara lain seperti melakukan rawatan tertentu asalkan tidak bercanggah dengan agama.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang individu berkongsi keadaan di sebuah pusat rawatan yang beratur panjang mencuri tumpuan ramai.
Dakwa pusat rawatan berjaya sembuhkan orang untuk berjalan semula
Menerusi video di TikTok, difahamkan pusat perubatan di Kelantan itu telah berjaya memulihkan ramai orang yang tidak boleh berjalan sehingga mereka boleh berjalan semula.
Ia mula menjadi tular di media sosial sehingga ada yang sanggup beratur seawal jam 2 pagi kerana slot rawatan itu yang terhad.
Di TikTok pusat perubatan itu juga pemiliknya ada berkata agar mereka yang berpenyakit kronik jangan terlalu berharap sangat untuk kembali pulih, hal ini kerana dia hanya mampu merawat setakat mana yang diizinkan Allah SWT.
Image via @pusatperubatantra (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Kita cuba ikhtiar selagi mana tak bercanggah dengan agama :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment