Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Berjaya Tembusi Pasaran Global, Jenama Kosmetik, Sace Lady Kini Di Guardian Malaysia

Jenama itu turut melancarkan rangkaian terbaharu iaitu Sace Lady Pro Zone 24HR Lasting Matte Lipstick.

Cover image via Sace Lady

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Meledak dan popular di platform perdagangan dalam talian terkenal iaitu Shopee selain aplikasi hiburan masa kini, TikTok, jenama kosmetik Sace Lady bukan asing lagi buat pecinta solekan

Malah, jenama berkenaan juga turut mendapat tempat di Malaysia sekali gus bersaing sihat dengan kosmetik lain.

Untuk rekod jenama berasal dari China ini sudah tujuh tahun bertapak di negara kita, iaitu sekitar tahun 2017.

Sejak Julai lalu, jenama itu turut melancarkan rangkaian terbaharu iaitu Sace Lady Pro Zone 24HR Lasting Matte Lipstick.

Image via Sace Lady

Lebih menarik, semua rangkaian produk jenama terkemuka ini di 200 rangkaian farmasi dan peruncit kecantikan serta kesihatan, Guardian di negara kita.

"Dengan pelancaran produk baharu ini termasuk boleh didapati di Guardian, kami terus berusaha untuk memenangi hati peminat kosmetik. Ia juga direalisasikan atas permintaan tinggi kosmetik kami.

"Dengan pelancaran ini, pengguna boleh merasai dan mencuba produk ini secara fizikal di semua cawangan Guardian dengan selamat serta tanpa was-was.

"Buat mereka yang ingin mendapatkan produk ini secara "offline", jangan lupa ambil peluang ini untuk mengunjungi mana-mana cawangan Guardian berhampiran anda kerana pelbagai tawaran istimewa menanti anda," kata Pengarah Sace Lady Malaysia, Sherman Lim.

Terkenal sebagai satu-satunya gincu dengan litupan tinggi pemakaian sehingga 24 jam mengagumkan serta tahan lama

Bercerita lanjut mengenai produk lipstik dengan kemasan matte dilancarkan, Sherman menjelaskan berbanding matte lipstick yang lain ia tidak mudah pudar dari permukaan bibir.

"Inovasi ini meletakkan keselesaan sebagai keutamaan. Bukan itu sahaja, lipstik ini sangat sesuai untuk pelbagai jenis acara dan mudah disesuaikan dengan tona kulit semula jadi setiap pengguna, khususnya wanita Asia.

"Formulasinya yang tidak mengeringkan bibir kerana teksturnya yang ringan dan tidak melekit ini amat digemari ramai kerana ia tahan lama dan tidak mudah pudar walaupun selepas makan. Lebih menarik, Ia juga mempunyai lapan pilihan warna menarik dan sesuai digayakan untuk pelbagai jenis acara dan mengikut gaya anda yang tersendiri," kata Sherman.

Katanya lagi, lipstik ini amat sesuai untuk mereka yang inginkan solekan yang tidak kelihatan terlalu berat.

"Hal ini kerana teksturnya amat ringan bak sutera. Walaupun hasilnya matte, bibir anda akan terasa ringan dan lembap kerana lipstik ini mampu meratakan garis halus dan sel kulit mati dari permukaan bibir.

"Ia juga memberikan kemasan sempurna yang membuatkan wajah tampak berseri serta kalis air sekaligus sesuai untuk penggunaan harian," katanya.

Image via Sace Lady

Sherman menambah, formulasi digunakan merupakan antara lipstik terbaik untuk bibir yang kering dan kusam.

"Dengan hanya satu sapuan, ia mampu memberikan impak warna yang terang dan tahan lama.

"Masalah utama buat penggemar lipstik cecair di luar sana ialah penggunaan yang kerap boleh menyebabkan kulit bibir kelihatan gelap dan mengelupas, namun lipstik yang menggunakan teknologi dan bahan semulajadi ini mampu memastikan bibir anda kekal lembap dan mungil.

"Bahkan bertindak memberikan hidrasi pada bibir dan merawat bibir yang kering," kongsinya.

Produk Sace Lady juga diformulasikan menggunakan bahan semula jadi tanpa sebarang barangan terlarang dan mempunyai sijil sah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Menampilkan slogan atau tagline, Be Yourself, jenama itu mempunyai matlamat untuk membantu golongan wanita mencapai objektif serta impian mereka supaya mampu memberi keyakinan serta mengekalkan penampilan yang cantik serta sempurna.

"Sehingga kini, biarpun wujudnya lambakan produk baharu di pasaran, namun penerimaan pengguna khususnya golongan belia terhadap jenama kami sangat memberangsangkan.

"Bukan sahaja menawarkan rangkaian penuh mekap seperti pembayang mata, gincu dan bedak asas yang menampilkan rasa ringan kepada pemakainya," katanya.

Lebih menarik, bercakap mengenai persaingan di media sosial, Sace Lady difahamkan kekal kompetitif dalam pasaran semasa.

Aktif dengan penjualan secara langsung (Live Streaming) khususnya di TikTok and Shopee, jenama ini difahamkan telah tersenarai antara brand yang mempunyai permintaan yang tinggi di laman berkenaan.

Meskipun telah bertapak di pasaran dan mempunyai peminatnya yang tersendiri, Sace Lady juga berada di landasan kukuh dan kini telah melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa serta berjaya menembusi pasaran global seperti di Filipina dan Indonesia.

Selain menawarkan harga yang berpatutan untuk semua produk keluarannya, Sace Lady Malaysia amat menekankan aspek kualiti dalam proses pembuatan kesemua produk milik mereka.

Image via Sace Lady

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment