Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Betul Ke 'Meruang' Bahaya? Ini 5 Perkara Yang Pasangan Perlu Lakukan Selepas Bersetubuh

Seeloknya jangan terus tidur selepas melakukan hubungan intim.

Cover image via Halodoc

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lumrah bagi setiap pasangan suami isteri kerap melakukan hubungan intim untuk menguatkan lagi kasih sayang selain ingin mendapatkan zuriat

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bincang Syariah

Namun, mungkin masih ada pasangan di luar sana yang kurang alert tentang apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja bersetubuh. Selalunya, ada yang terus tidur dan mengabaikan kebersihan bahagian sulit.

Ramai pasangan memilih untuk bermanja-manja serta berpelukan selepas melakukan hubungan seksual terlebih dahulu sebelum melayari mimpi indah. Sebenarnya, ia adalah tindakan yang salah.

Anda perlu tahu bahawa ia adalah bahaya kerana mendatangkan risiko jangkitan bakteria dan penyakit kelamin. Jadi, jangan ambil mudah ya!

Baru-baru ini, Seismik telah menemu bual Pakar Obstetrik & Ginekologi, Metro IVF Klang, Doktor Afida Sohana Awang Soh mengenai perihal dalaman hubungan seks antara pasangan suami isteri

Pakar Obstetrik & Ginekologi, Metro IVF Klang, Doktor Afida Sohana Awang Soh

Image via Metro IVF Fertility Centre

Menurut beliau, jika anda melakukan seks bertujuan untuk mendapatkan anak, suami dan isteri disarankan untuk baring terlebih dahulu dalam beberapa minit.

"Lepas anda lakukan hubungan seks, air mani akan bertakung di dalam vagina. Kalau anda terus bangun dan basuh, proses bersenggama itu takkan terjadi dan sukar untuk melekat.

"Saya selalu sarankan patients untuk baring dulu, rileks lebih kurang setengah jam kemudian baru basuh dan cuci apa yang perlu," katanya.

Selain itu, antara lima perkara yang pasangan perlu lakukan selepas bersama adalah:

1. Jangan 'meruang'

Gambar sekadar hiasan.

Image via Beauty Health Lifestyle

Sesetengah wanita merasakan mereka perlu membersihkan bahagian dalam faraj selepas hubungan seksual sebagai cara penjagaan kesihatan vagina. Malah, ada yang memasukkan hos air ke dalam faraj.

Tindakan itu disebut sebagai 'meruang'. Sebenarnya, meruang boleh menyebabkan lebih banyak jangkitan kepada vagina dan berisiko terkena cervical cancer.

Menurut Dr Afida, ia akan menjejaskan keseimbangan bakteria semula jadi yang melindungi faraj anda.

Jadi, cara terbaik untuk penjagaan faraj selepas hubungan intim adalah dengan hanya melalukan air bersih di sekelilingnya dan membiarkan ia melakukan proses pembersihan dengan semula jadi.

2. Elak cuci bahagian intim dengan sabun

Gambar sekadar hiasan.

Image via Hello Doktor

Jika anda masih ingin berdakapan dengan pasangan, anda disarankan untuk lap bahagian intim terlebih dahulu agar lebih selesa.

Pilihan paling mudah adalah dengan mengelap organ sekitar faraj dan zakar dengan tisu basah tanpa pewangi.

Pastikan anda mengelap dari bahagian depan ke belakang untuk mengelakkan penyebaran bakteria daripada faraj dan uretra.

Jika ingin lebih bersih, bilaskan bahagian intim dengan air suam. Namun, jangan gunakan sabun kerana ia mungkin akan menyebabkan kerengsaan, terutamanya jika anda mempunyai kulit sensitif. Malah, anda berisiko terkena fungal infection atau candida.

3. Cuci tangan dengan bersih

Gambar sekadar hiasan.

Image via Hello Doktor

Semasa bersetubuh, mungkin terdapat bakteria yang melekat di tangan anda selepas memegang bahagian intim pasangan. Sudah tentu cara terbaik untuk menyingkirkannya adalah dengan mencuci tangan menggunakan sabun.

Mencuci tangan adalah kunci utama bagi mengekang penularan jangkitan penyakit kelamin. Sebaiknya jadikan ini satu amalan yang dilakukan setiap kali selepas bersama dengan pasangan.

4. Pakai pakaian longgar

Gambar sekadar hiasan.

Image via Dreamstime

Bahagian yang panas dan berpeluh adalah tempat sempurna untuk bakteria dan yis membiak.

Jadi, jika anda ingin menyarungkan pakaian selepas bersetubuh, pastikan ia pakaian yang longgar.

Bagi isteri pula, anda dinasihatkan untuk tidak memakai pakaian dalam yang terlalu ketat. Ini kerana selepas aktiviti seksual, mungkin akan lebih banyak cecair faraj dan peluh akan terhasil.

Pakaian dalam daripada material kapas adalah pilihan yang bagus. Atau jika terlalu malas untuk menukar pakaian, anda boleh saja tidur berbogel dan selimutkan badan.

5. Minum air kosong dan jus kranberi

Gambar sekadar hiasan.

Image via Alodokter

Anda disarankan untuk minum banyak air kosong sebelum, semasa dan selepas bersetubuh. Ia bertujuan untuk mengekalkan hidrasi badan anda.

Jika anda kerap membuang air, ia boleh membuang bakteria tidak baik dan mengurangkan risiko untuk ia membiak di dalam pundi kencing serta saluran kencing.

Selain itu, pengambilan jus kranberi selepas hubungan seksual dapat mengurangkan risiko jangkitan pada saluran kencing.

Ini kerana jus tersebut dikatakan cukup berasid untuk menghentikan jangkitan atau mempunyai bahan yang dapat mencegah bakteria daripada melekat pada saluran kencing.

Semoga perkongsian daripada Dr Afida ini bermanfaat untuk semua pasangan suami isteri di luar sana :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment