Bibir Anda Selalu Kering & Merekah? Ini 5 Cara Efektif Untuk Merawatnya
Kena selalu amalkan tips ini supaya lebih cepat berkesan.
Masalah bibir kering sering terjadi kepada kita, terutamanya pada musim panas ini
Ia menyebabkan kita rasa tidak selesa dan kadangkala ia boleh sampai luka. Banyak faktor terjadinya bibir kering, antaranya adalah kurang minum air kosong, bekerja di tempat yang mempunyai penghawa dingin dan sebagainya.
Jadi, apa caranya untuk kita merawatmasalah bibir kering ini? Jom kami kongsikan di bawah:
1. Jangan kupas bibir
Image via mStar
Perkara yang sering menjadi hobi kita adalah mengupas bibir sehingga menyebabkan luka kecil dan kemudian bengkak. Ini akan menjadikan bibir lebih susah untuk sembuh. Jadi, elakkan ya!
2. Banyak minum air kosong
Image via Hello Doktor
Antara cara mengatasi bibir kering dan menggelupas adalah banyakkan minum air kosong. Ini merupakan salah satu cara paling mudah untuk memastikan bibir anda sentiasa lembap. Oleh sebab itu, anda digalakkan supaya minum air dalam jumlah yang cukup iaitu minima 8 gelas dalam sehari.
3. Elakkan jilat bibir semasa sedang kering dan menggelupas
Image via Media Indonesia
Jika anda menjilat bibir ketika ia sedang kering, perkara itu akan membuatkan bibir anda lebih menggelupas. Memang nampak macam anda membasahkan bibir, tapi sebenarnya ia boleh membuatkan bibir anda semakin kering. Bakteria pun banyak tau!
4. Sentiasa pakai pelembap bibir
Image via Kompas
Jangan lupa sapukan pelembap bibir untuk mengelakkan bibir merekah. Pelembap bibir juga akan membantu untuk mengekalkan kelembapan dan melindungi bibir anda dari pecah.
5. Guna skrub untuk buang sel mati pada bibir
Image via Fimela
Bibir menggelupas adalah sebab utama yang menyebabkan bibir merekah. Anda boleh
menggunakan skrub untuk bibir dan pastikan anda gosok secara perlahan untuk mengelakkan luka.
Penjagaan bibir sememangnya mudah, namun ramai di antara kita yang malas untuk mengekalkannya. Jadi, lepas ini jangan lupa cuba semua tips di atas ya! :)
Leave a comment