Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Bila Hari-Hari Jumpa Pelancong China, Tourist Guide Fasih Berbahasa Mandarin Jadi Tumpuan

Fasih dia berbahasa Mandarin.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pekerjaan sebagai pemandu pelancong sememangnya memerlukan kemahiran komunikasi yang hebat terutamanya apabila bertemu dengan pelancong dari pelbagai negara

Ia bukan saja dapat memudahkan macam-macam urusan, malah dapat memberikan pengalaman juga kepada pemandu pelancong untuk berunding mengenai harga trip dan sebagainya.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, seorang lelaki menjadi tumpuan ramai apabila dia fasih berbahasa Mandarin ketika ingin menerangkan informasi trip kepada pelancong dari China.

Image via @pakej_bajet_kundasang (TikTok)

Menerusi video berdurasi 1 minit 21 saat yang dimuat naik oleh @pakej_bajet_kundasang, difahamkan lelaki dari Sabah itu sedang melayan soalan daripada beberapa orang pelancong China.

Apa yang membuatkan ramai terpegun adalah apabila dia tidak kelihatan kekok langsung berbahasa Mandarin semasa berkomunikasi dengan pelancong-pelancong berkenaan.

Image via @pakej_bajet_kundasang (TikTok)

Susulan tularnya video itu yang kini sudah meraih 363K tontonan di TikTok, rata-rata netizen turut memuji lelaki tersebut

Lihat video di bawah:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment