Bila Musim Hari Raya, 'Confirm' Akan Dapat 9 Soalan Cepumas Ni. Alamak Susahnya Nak Jawab!
Bukaaaan main kena tembak dengan soalan-soalan ni.
Pejam celik, dah nak tiba Hari Raya! Rasa macam semalam baru mula berpuasa.
Image via Giphy
Mesti ramai yang dah siap dengan persiapan Hari Raya nanti bukan? Contohnya, beli baju raya, minta cuti, beli tiket bas atau servis kereta nak balik kampung dan sebagainya. Tapi, dalam banyak-banyak persiapan, bagaimana pula dengan persiapan untuk berdepan soalan-soalan ‘berani mati’ dari saudara-mara waktu raya nanti? Haaa, terkedu? Kalau silap jawab, masaklah.
Jangan risau, kami akan kongsikan soalan-soalan cepumas jadi bolehlah anda semua sediakan jawapan yang tepat, bernas dan padat. Bagi orang yang tanya terkedu pula. Baru dia tahu.
1. SPM dapat berapa 'A'? Dah fikir nak sambung belajar di mana dan ambil kursus apa?
Image via Gifer
Bagi sesetengah orang, kita tak suka dedahkan keputusan peperiksaan. Tak kisahlah cemerlang ke gagal ke. Kalau ada juga yang tanya, jawab je “Alhamdulillah, cukup-cukup makan.”
2. Semester ke berapa dah? Bila nak habis?
Image via Giphy
Makcik-makcik selalunya datang beraya setahun sekali, belajar pun 3-4 tahun. Bukan sebulan dua! Nanti tahun kelima datang beraya InsyaAllah dah boleh jawab “Alhamdulillah, baru habis belajar.”
3. Dah habis belajar, bila nak kerja?
Image via Giphy
Bila dah habis belajar, soalan ‘berani mati’ tu takkan terhenti di situ saja. Mesti mereka tanya “bila nak kerja?” pula. Yelah, kami faham anda tengah cari kerja tapi kalau mereka tanya tu dengan niat nak bagi kerja tak apa juga bukan?
4. Nak cuba minta kerja sektor kerajaan tak? Banyak manfaat akan dapat di hari tua nanti.
Image via Perda
Pilihan sama ada kerja swasta atau kerajaan adalah pilihan sendiri sebenarnya. Bagi anak muda, mestilah nak merasa gaji besar bila mula kerja bukan? Tak dinafikan ada juga yang memilih kerja kerajaan sebab memikirkan manfaat pada hari tua. Apa-apa pun, buatlah pilihan yang bijak. Asalkan ada kerja.
5. Kerja okay tak? Bonus dah masuk tahun ni?
Image via Giphy
Tanya-tanya ni nak minta belanja makan tak pun duit raya ke? Sibuk pula nak tahu dapat bonus atau tidak. Gaji berapa sebulan pun tak suka cerita pada sesiapa, apatah lagi bonus tahunan. Memang idok ler!
6. Umur dah makin meningkat, dah nak masuk 30s! Kahwinnya bila?
Image via Giphy
Sebelum mereka tanya soalan macam ini, mereka akan tanya dulu “Dah ada boyfriend/girlfriend ke?”. Kalau anda jawab ada, mesti mereka nak korek-korek rahsia lagi. Kalau jawab tak ada, soalan itu mungkin akan terhenti di situ saja atau akan dibahan sebab umur makin meningkat tapi belum ada perancangan nak kahwin. Pulak dah!
7. Tahniah, akhirnya kahwin juga! Eh, bila pula nak ada anak?
Image via Giphy
Kalau baru kahwin sebulan dua, agak kurang logiklah soalan tu ditujukan bukan? Mesti ada di antara pasangan yang nak enjoy duduk berdua dengan pasangan sebelum ada cahaya mata. Kalau dah lama kahwin, soalan itu sedikit sebanyak akan menyentuh hati sebab mungkin anda sudah banyak kali mencuba tapi Tuhan belum bagi rezeki. Percayalah, bila anda sudah dikurniakan seorang anak, mesti ada saudara-mara yang sibuk tanya “Taknak tambah lagi sorang ke?”.
Geleng kepala dibuatnya!
8. "Kenapa kurus sangat? Sakit ke?"
Image via Tenor
Kadang-kadang, kita tak tahu apa masalah saudara-mara kita ni. Bila kurus sangat kata sakit. Bila berisi pun dikata makin gemuk, makan banyaklah, dikata leher hilanglah. Jumpa pun setahun sekali, bukannya nampak perubahan sepanjang tahun pun bukan?
9. "Kenapa belum kerja lagi? Tak kesian kat Mak Ayah ke?"
Image via Giphy
AWAS!
Kami bagi amaran awal-awal. Soalan ini boleh membawa anda ke arah kebaikan atau sebaliknya. Kalau faham, biasanya soalan ni orang-orang yang join Multi Level Marketing( MLM) sahaja akan tanya. Kalau anda ada kenal rapat saudara-mara anda dan dia pun dah bekerja lama di syarikat tu, tak salah nak rebut peluang. Kalau tak, sampai bila nak duduk menganggur bukan?
Walau banyak mana soalan yang dilemparkan, banyakkan bersabar dan senyum ajelah. Apa boleh buat...
Image via Giphy
Nak marah balik sebab soalan-soalan tu pun tak guna, mereka semua saudara-mara kita. Senyum ajelah dan pamerkan senyuman paling menawan dan dengan bantuan Colgate Optic White ketika musim perayaan Aidilfitri kali ini.
Image via Colgate
Selepas penggunaan selama seminggu, Colgate Optic White berupaya memutihkan gigi anda dengan menanggalkan kesan kotoran ekstrinsik.
Jom dapatkan rangkaian produk Colgate Optic White di kedai-kedai berhampiran untuk gigi lebih putih raya ini. Pamerkan senyuman menawan dengan gigi putih berseri, baru saudara-mara terdiam.
Selamat Hari Raya!
*Apabila anda menggunakan seperti yang diarahkan. Untuk kesan kotoran ekstrinsik sahaja. Kesan mungkin berbeza mengikut individu.*
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.
Leave a comment