Bintang Bollywood, Saif Ali Khan Dirompak & Ditikam Enam Kali Di Rumah Sendiri
Saif Ali Khan juga merupakan suami kepada seorang lagi bintang Bollywood, Kareena Kapoor.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bintang Bollywood, Saif Ali Khan ditikam ketika sedang bergelut dengan penceroboh di dalam rumahnya sendiri
Menerusi laporan Harian Metro, aktor terkenal dari India itu menerima enam tikaman setelah bergelut dengan penceroboh yang memecah masuk kediamannya di Mumbai awal pagi tadi.
Pelakon terkenal berkenaan telah dibawa ke hospital pada pukul 3.30 pagi dan sedang menjalani rawatan selanjutnya.
Wakil kepada isteri pelakon tersebut mengesahkan Saif Ali Khan sedang menjalani rawatan selepas kejadian cubaan merompak di rumahnya.
Image via TIMES OF INDIA
Mengalami kecederaan berdekatan dengan bahagian tulang belakang
Menerusi laporan Reuters, ketua pegawai operasi hospital itu, Niraj Uttamani berkata pelakon berkenaan sedang menjalani pembedahan dan tahap kecederaan akan dapat diketahui lebih lanjut sebaik sahaja pembedahan selesai.
"Kami akan dapat memberitahu tahap kecederaan hanya selepas pembedahan selesai dijalankan.
"Salah satu kecederaan lebih dekat dengan tulang belakangnya," tambahnya.
Pihak polis mengesahkan seorang pekerja wanita dirumahnya juga diserang dan sedang mendapatkan rawatan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengesan suspek.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment