Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Budak 11 Tahun Tak Cukup Duit Beli Corndog, Tapi Kesungguhannya Buat Penjual Ini Tersentuh

Rezeki kau dik!

Cover image via Twitter @kinafairy

Kesungguhan seorang kanak-kanak yang berusaha keras untuk mendapatkan makanan idamannya menyentuh hati wanita ini

Kisah bermula apabila Kinafairy berkongsi di laman twitter miliknya bagaimana seorang kanak-kanak berumur 11 tahun memesan corndog daripadanya. 

Bagaimanapun, kanak-kanak yang dipanggil Ainur itu tiba-tiba ingin membatalkan pesanan kerana tidak mempunyai wang yang cukup dan berhasrat untuk menunda pesanan untuk mengumpul duit. 

Ainur bersama rakan.

Image via Twitter @kinafairy

Baca di bawah:

"Pertama kali aku dapat pelanggan budak darjah lima. Pesan dua paket corndog, RM30. Aku fikir mak dia suruh orderkan sebab ada je kes macam ni sebelum ini.

"Jadi, aku layankan je lah. Janji untuk cash on delivery (COD) semalam. Tiba-tiba dia batalkan pesanan, ni perbualan aku dengan dia," tulisnya.

Pada mulanya, dia ragu-ragu terhadap cerita kanak-kanak itu namun setelah melihat kesungguhan Ainur membuat hatinya tersentuh

"Mula-mula ragu-ragu nak layan, kot tipu ke kan. Sekarang banyak kecik dah pandai scam cari duit. Tapi kesungguhan budak ini kumpul duit nak makan corndog buat aku tersentuh gila.

Jadi, aku dengan kawan aku buat keputusan bagi jelah percuma sepaket lagi. Kesian weh. Semalam, pergi lah hantar corndog ke rumah dia tapi dia ni ada satu penyakit. Penyakit memaksa.

"Dari aku kat kampung sampai aku balik KL, dia tak berhenti-henti mesej aku bila dan COD. Maaf dik, akak rasa annoying sikit.

"Sampai kat rumah dia, aku nampak la ada dua orang budak perempuan tengah tunggu kat bawah pokok. Aku tak fikir pun lah itu dia sebab aku mesej aku dah dalam perjalanan dia tak balas.

"Bila aku dah park tu, budak perempuan berdua tu datang dekat kereta aku. Memang budak Ainur ni rupanya. Dengan kawan dia ke tak tahulah. Dari pukul berapa dia tunggu aku sampai agaknya, lupa nak tanya. 

"Aku cakap aku lambat, dia cakap takpe kak," tulisnya lagi. 


Image via Twitter @kinafairy

Daripada jumlah RM30 itu, Ainur dapat mengumpul RM25 untuk membayar wanita tersebut

"Aku turun kereta budak berdua ni senyum-senyum, aku hulurlah corndog kat Ainur. Lepas tu dia bagi aku duit RM25. Dari RM24 yang dia ada tu dia dapat kumpul lagi seringgit.

"Cukup RM20 aku pulangkan balik RM5 dekat dia. Seronoknya muka diorang bukan main lagi. Sejak bila lah tu diaorang ni kepengen nak corndog, siap order dua paket. Dapat COD dekat budak-budak ni buat aku seronok gila," tulisnya.

Image via Twitter @Kinafairy

Wanita itu turut berkongsi video kanak-kanak itu menikmati corndog tersebut

"Aku baru sempat tengok video Ainur bagi. ALLAHU, seronoknya tengok budak-budak ni seronok makan corndog," tulisnya lagi.

Susulan itu, ramai yang memuji tindakan wanita itu dan kecomelan kanak-kanak tersebut

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment