Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Budak 7 Tahun Tak Kekok Jual Aiskrim Malaysia, Nak Asah Kemahiran Mengira & Komunikasi

Bagus adik ni, contoh yang baik untuk budak-budak dekat luar sana.

Cover image via Mohd Syafiq Ambak | BERNAMA

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Walaupun baru mencecah usia tujuh tahun, seorang kanak-kanak lelaki di Kuala Terengganu nekad mencari duit dengan menjual aiskrim Malaysia di hadapan rumahnya

Kanak-kanak bernama Muhammad Irfan Taib ini mahu merasai sendiri pengalaman mencari rezeki dengan berniaga seperti yang dilakukan ibunya.

Menurut laporan Berita Harian, ibu dan ayahnya tidak pernah memaksa anaknya itu menjual aiskrim Malaysia, sebaliknya ia dilakukan atas permintaan Muhammad Irfan sendiri.

"Pada mulanya, saya ingatkan dia main-main tetapi selepas dia bersungguh-sungguh minta saya sediakan aiskrim itu, saya turuti kemahuannya dengan membuatkan aiskrim dan menyediakan meja jualan di hadapan rumah.

"Sebagai ibu bapa, kami tak mahu manipulasi anak-anak untuk keuntungan tetapi ia lebih kepada pendedahan kepada dia untuk mengenali dunia perniagaan seperti pusingan modal.

"Selain itu, ia juga dapat melatih kemahirannya dalam mengira dan berkomunikasi," katanya.

Image via Mohd Syafiq Ambak | BERNAMA

Image via Mohd Syafiq Ambak | BERNAMA

Jual aiskrim pelbagai perisa dengan harga 50 sen saja

"Jadi pada cuti persekolahan Mei lalu, saya mula menjual pelbagai perisa aiskrim dengan harga 50 sen sebatang di hadapan rumah dan memang seronok apabila ada orang beli.

"Saya pernah beberapa kali ikut ibu berniaga dan daripada situ, timbul minat mahu menjual seperti ibu lalu saya minta ibu sediakan aiskrim untuk dijual.

"Daripada situ, saya tahu bagaimana susahnya mahu mencari duit menyebabkan saya lebih berjimat cermat ketika berbelanja," kata Muhammad Irfan.

Image via Berita Harian

Image via Berita Harian

Lihat video di bawah:

Semoga sukses selalu dik!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment