Budak-Budak Ucap Terima Kasih, Pemandu Bas Sekolah Ini Terharu & Rasa Kerja Dihargai
Walaupun nampak macam simple, tapi ucapan terima kasih itu boleh hilangkan penat seharian.
Pekerjaan sebagai pemandu bas sekolah mungkin nampak senang di mata orang lain
Iyalah, tugas mereka hanya menjemput dan menghantar budak-budak ke sekolah. tetapi, mereka juga memegang tanggungjawab yang besar ke atas nyawa setiap penumpang.
Jika berlaku sebarang kemalangan, merekalah orang yang perlu menjawab segala persoalan daripada para ibu bapa.
Namun, pemandu bas juga adalah manusia biasa yang mempunyai rasa penat dan ingin kerja mereka dihargai.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan budak-budak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tersenyum bila dapat ucapan terima kasih tak henti-henti
Menerusi video yang dimuat naik oleh @rosdi7303, kelihatan lelaki itu baru saja menurunkan sekumpulan budak sekolah di sebuah destinasi.
Apa yang membuatkannya berasa gembira dan terharu adalah apabila budak-budak itu mula mengucapkan terima kasih kepada si pemandu apabila mereka sedang turun daripada bas tersebut.
Situasi itu ternyata berjaya mencuri tumpuan ramai gara-gara sikap prihatin dan tahu menghargai yang ditunjukkan oleh budak-budak sekolah berkenaan.
Image via @rosdi7303 (TikTok)
"Kalau macam ni selalu, kita jadi driver pun jadi senang hati dan seronok. Perkataan 'terima kasih' tu sangat bermakna sebenarnya" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.9M tontonan, 39.8K tanda suka serta 797 perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut kagum dengan sikap baik hati budak-budak sekolah itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @rosdi7303 (TikTok)
Image via @rosdi7303 (TikTok)
Image via @rosdi7303 (TikTok)
Bagus didikan ibu bapa budak-budak tu. Semuanya pandai menghormati orang tua :)
Leave a comment