Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Budak Lelaki 2 Tahun Cerdik, Pandai Ambil Order & Kira Bil Untuk Pelanggan Di Kedai Makan

Apa yang dia kira semua betul pula tu.

Cover image via @pondokminang.hq (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi ibu bapa yang bekerja sambil menjaga anak sudah tentu ia adalah cabaran yang besar buat mereka

Bayangkan membesarkan anak-anak sambil menjalankan tugas untuk menyara keluarga. Didikan keluarga sememangnya sangat penting untuk diterapkan pada anak-anak.

Anak-anak pastinya akan mengikut langkah ibu bapa mereka sejak dari kecil. Jadi, sebab itulah pentingnya memberikan contoh yang bagus buat mereka.

Tular baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang menolong di gerai keluarganya dengan mengambil pesanan makanan. 

Image via @pondokminang.hq (TikTok)

Jadi pekerja yang gigih di gerai makan

Menerusi video tersebut, seorang pengusaha gerai menceritakan tugas anaknya yang bernama Malek sebagai pekerja gigih di kedai itu.

Difahamkan, Malek dari kecil sudah ikut mereka berniaga sehingga dia perhati gerak geri ibu bapanya itu.

"Inilah rutin Malek kalau ke sekolah, dia akan pergi ke table kira dan apa yang dia kira semuanya betul. Kadang orang pun macam tak percaya tapi alhamdulillah Malek dia pandai.

"Dia jenis tak mahu dilarang, dia nak buat sendiri walaupun tulisan dia pun kita susah nak baca," katanya.

"Bijaknya awak dik. Semoga membesar menjadi orang yang menyenangkn mak ayah" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memuji kecerdikkan kanak-kanak berkenaan dan memberikan kata-kata positif buatnya.

"Ni pelaris kedai ni, semoga terus berjaya ya malek," kata seorang netizen.

"Respect aku dengan budak ni," kongsi seorang lagi netizen.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 83.6K views, 4,281 likes dan 80 comments di TikTok.

Lihat video itu di bawah:

Pandai awak dik, senang kerja mak ayah tak payah upah pekerja dah :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment