Viral Kisah Budak Perempuan Ajak Pekerja Asing Main ‘Board Game’ Ini Buat Ramai Tersentuh!
Ini yang dinamakan, "Parenting done right!"
Ibarat pepatah, 'melentur buluh, biarlah dari rebungnya', ibu bapa perlu mendidik dan mencorakkan identiti anak-anak sejak mereka masih kecil
Salah satu perkara yang penting untuk ditanamkan dalam diri anak-anak ialah adab. Mengajar adab merupakan tanggungjawab utama ibu bapa yang sepatutnya dibiasakan sejak kecil lagi.
Image via Image via The Asian Parent Singapore
Paling utama sekali, ibu bapa itu sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik dimata anak-anak kerana dikhuatiri akan senang terikut-ikut dengan perbuatan yang tidak sepatutnya.
Bukan itu sahaja, anak-anak juga perlu mengamalkan adab-adab yang baik bukan hanya kepada ibu bapa, malah kepada sesiapa saja. Walaupun perkara ini tidak berunsur akademik, namun tidak dinafikan nilai kesopanan ini adalah tunjang kejayaan anak-anak pada masa hadapan.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook bernama Yang Kaiheng telah berkongsikan mengenai layanan sepupunya terhadap beberapa orang warga asing yang membuat dirinya terharu
Menerusi postingnya itu, Kaiheng telah berkongsikan satu gambar menunjukkan sepupunya sedang bermain permainan papan atau board game di halaman rumah bersama tiga orang pekerja asing sementara menunggu hujan reda.
Menurut wanita dari Singapura itu lagi, ini sebenarnya bukanlah kali pertama sepupunya itu berinteraksi bersama pekerja-pekerja tersebut. Malahan sebelum ini sepupu kecilnya selalu memberi mereka air di samping mengajak mereka bermain-main bersamanya.
Image via Image via Yang Kaiheng (Facebook)
Difahamkan juga, salah seorang daripada pekerja asing itu mempunyai anak kecil yang sebaya sepupu Kaiheng di kampung halaman yang sangat dirinduinya, dan ternyata kanak-kanak itu telah mengingatkannya kepada anaknya.
Di akhir perkongsiannya, Kaiheng telah meluahkan harapan agar anaknya sendiri akan membesar dengan nilai-nilai yang diterapkan dalam sepupunya itu. Dia juga mengatakan bahawa adab yang baik ini harus diajar kepada kanak-kanak pada usia muda agar mereka mempunyai sifat perikemanusiaan apabila dewasa kelak.
Tinjauan di ruangan komen perkongsian itu mendapati ramai netizen yang turut sama terharu melihat persahabatan di antara anak kecil itu dengan warga asing terbabit
Rata-rata mereka memuji dan bangga dengan didikan yang telah diberikan ibu bapa kanak-kanak perempuan berkenaan.
Antara komen menarik daripada netizen:
Image via Image via Yang Kaiheng (Facebook)
Image via Image via Yang Kaiheng (Facebook)
Image via Image via Yang Kaiheng (Facebook)
Image via SAYS Seismik
Comelnya kanak-kanak ini tulis surat buat makcik cleaner!
Leave a comment