Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Buletin Utama TV3 Anjur Program 'Mentor Mentee Bilik Berita' Untuk Gilap Bakat Penyampai

Setiap mentor akan membimbing 6 orang mentee selama program ini dijalankan.

Cover image via Buletin TV3

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima melancarkan program 'Mentor Mentee Bilik Berita' yang memberi penekanan khusus kepada penyampaian berita

Program ini bertujuan membimbing serta memperkasa potensi dan kredibiliti mentee bagi membentuk pelapis serta membantu mencapai strategi organisasi dalam era persaingan global.

Seiring matlamat itu, empat ikon penyiaran Media Prima diberi amanah berkongsi ilmu dan pengalaman untuk dipraktikkan mentee masing-masing.

Barisan mentor terdiri daripada Azwaliza Azman, Pang Chinn Fei, Norliza Mohd Zain dan Datin Seri Fazilah Hani Harun.

Dari kiri, Fazilah Hani, Chinn Fei, Azwaliza dan Norliza pada majlis pelancaran Mentor Mentee Bilik Berita di Sri Pentas, Bandar Utama.

Image via buletintv3.my

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Nini Yusof berkata, program ini penting dalam menghasilkan penyampai berita berkualiti sekaligus mampu mengekalkan imej Buletin TV3 sebagai berita nombor satu di negara ini.

“Terima kasih kepada empat mentor yang terpilih. Memandangkan mereka mempunyai pengalaman yang sangat banyak dan sangat popular yang telah menyumbangkan ke atas kejayaan Buletin Utama yang mencapai kedudukan nombor 1 di dalam negara. Kita perlu lahirkan lebih ramai penyampai berita dan wartawan yang lebih multi-skill,” katanya.

Image via Buletin TV3

Mentor yang dipilih jelas beliau bukan calang-calang berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan mereka dalam industri penyiaran dan media.

“Mentor kita ada 4 orang Azwaliza, Pang Chinn Fei, Norliza dan Datin Seri Hani. Mereka ini adalah certified trainer jadi mereka telah menghadiri latihan, mereka juga telah menerima pelbagai anugerah di negara ini.

"Jadi saya rasa selain daripada pengalaman yang banyak, mereka juga mempunyai ilmu yang boleh memberi latihan berskala dengan lebih mantap dan of course latihan ini juga diterajui oleh Ketua Program Mior Abdul Malek Raiyani dan juga dibantu oleh Azaria Tagaya dan ramai lagi penyampai lain yang masih lagi membaca berita tetapi boleh menambah lagi ilmu yang penting untuk mentee,” katanya.

Beliau juga berharap agar program ini dapat diperluas bukan hanya kepada mentee sedia di Media Prima, tetapi juga di luar dalam usaha mencungkil bakat baharu.

Image via Buletin TV3

Hadir sama, Penasihat Eksekutif, Jabatan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima, Jasbant Singh dan Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Media Prima, Kamarudin Mape.

Pada majlis ini, turut diadakan sesi penyerahan surat lantikan mentor dan tandatangan piagam 24 mentee yang terlibat.

Berikut adalah senarai 'Mentor Mentee Bilik Berita':

Image via Buletin TV3

Selamat maju jaya buat semua 24 mentee yang terlibat dalam program 'Mentor Mentee Bilik Berita' ini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment