Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Selfie Jap" - Burung Gagak Tunduk Bila Cikgu Baca Ayat Kursi Ini Jadi Perhatian Ramai

Jinaknya burung tu.

Cover image via @cikguain23 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Burung gagak merupakan burung yang sering dijumpai di sekitar kawasan taman permainan atau hutan bandar

Ramai yang mengatakan burung ini merupakan burung pintar. Ada juga yang mempercayai jika kita baik dengan burung gagak, burung itu juga akan baik kepada kita dan sebaliknya. 

Baru-baru ini, seekor burung gagak ditemui di kawasan persekolahan ini mendapat perhatian guru-guru di sekolah. Video yang tular juga mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh di bawah: 

Burung gagak kelihatan pintar dan jinak

Menerusi video berkenaan, kelihatan burung gagak sedang hinggap di koridor kawasan depan pejabat guru di sebuah sekolah. 

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila burung tersebut dilihat sangat jinak dan mengikuti saja apa perminataan guru-guru di situ. Lebih melucukan lagi, salah seorang guru dilihat sempat bergambar dengan burung gagak itu. 

Guru tersebut juga dilihat membacakan ayat Kursi pada ketika itu. Burung gagak itu kemudian dilihat menunduk seolah-olah memberikan kepalanya kepada guru itu. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

"Pernah bela dulu, nak selamatkan orang yang pernah kena pukau. Hari-hari datang rumah bawa balik macam-macam benda bersinar. Dua kali dapat rantai emas tulen. Memang jenis burung yang balas budi." - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.4M tontonan, 71K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @cikguain23 (TikTok)

Image via @cikguain23 (TikTok)

Image via @cikguain23 (TikTok)

Nampak aneh, tapi tak dinafikan burung gagak memang pintar! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment