Buta Kedua Belah Mata & Autisme, Kanak-Kanak Ini Hafal Hampir Semua Surah Dalam Al-Quran
Kanak-kanak ini menghafaz hampir semua surah dalam Al-Quran dengan hanya mendengar alunan di radio.
Kanak-kanak yang dilahirkan dengan serba kekurangan ini sememangnya diberikan cukup kesempurnaan setelah dikurniakan keterangan hati untuk menghafaz hampir semua surah dalam Al-Quran
Ahmad Aqeel Faiz Mohammad Noor, 7, telah disahkan menghidap penyakit 'Mild Autisme' ketika berumur setahun setengah. Bukan itu sahaja, dia juga buta kedua belah mata sejak dilahirkan.
Walaupun tidak sempurna, Aqeel juga berkeupayaan seperti kanak-kanak lain dan dia kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Presint 18, Putrajaya di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya penglihatan.
Image via Harian Metro
Alhamdulillah, Aqeel 'disuluh' Al-Quran.
Menurut kenyataan ibunya, Nur Izzah Mohamad Kamil, 36, ketika Aqeel berumur setahun, perkembangannya agak lambat dan suka menghantukkan kepala di lantai
Laporan yang dikeluarkan telah mengatakan bahawa ibu Aqeel sendiri menyatakan bahawa anaknya itu sering menangis tidak tahu punca ketika berusia setahun. Setelah beberapa bacaan dilakukan barulah mereka sedar bahawa Aqeel mempunyai ciri-ciri penyakit Autisme.
Untuk mengesahkan perkara itu, mereka turut membawa Aqeel ke pakar psikiatrik dan doktor mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut menghidap penyakit 'Mild Autisme'.
Ketika mengandungkan Aqeel, ibunya sering mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sehinggalah kanak-kanak itu besar. Surah berkenaan dipasang melalui YouTube, radio dan TV.
Image via Dream
Nur Izzah mengatakan bahawa, “Aqeel dulu ada masalah tak tidur malam sebab dia tidak dapat bezakan waktu siang dan malam. Nak bagi dia tidak merayap keluar dari bilik memang kami pasang ayat suci al-Quran setiap masa dalam bilik dia. Kalau dia tak dapat tidur, dia akan dengar al-Quran sepanjang malam hingga pagi.
“Lagipun Aqeel ada Autisme, jadi kalau dia ‘tantrum ’ (meragam) memang saya pasangkan al-Quran sebagai terapi untuk dia,” tambahnya.
Ayat suci Al-Quran juga dikatakan telah sebati dalam diri Aqeel ketika dalam rahim lagi.
Kekurangan Aqeel sebenarnya membuktikan bahawa dia mempunyai 'kelebihan' yang jarang dimiliki orang lain
Image via Harian Metro
Aqeel yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu dikatakan lebih hebat daripada adik-beradiknya yang lain dalam menghafaz surah dalam Al-Quran. Menurut ibunya, Aqeel menghafaz surah Al-Baqarah, Al-Imran, An-Nisa, dan Yassin.
Ayah Aqeel, Faiz Mohammad Noor Kamaruzaman, 36, pernah meminta Aqeel menyambung ayat yang dibacanya dan Aqeel berjaya melengkapkan surah yang dibaca oleh ayahnya itu. Bukan setakat itu sahaja, Aqeel juga boleh meneka surah apa yang dibaca oleh ibu bapanya walaupun tanpa penglihatan.
Aqeel turut dihantar ke sekolah, terapi dan kelas fardu ain untuk persiapan dirinya di masa hadapan. Semoga Aqeel dapat bertanding dalam tilawah Al-Quran suatu hari nanti.
Baca juga berita terkini hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment