Calpis Soda One In A Million Episod 1 Cipta Fenomena, Trending Dalam Satu Malam!
Trending nombor 1 di platform "X" dengan lebih 700 juta capaian di media sosial.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Episod pertama Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) trending nombor 1 di platform X
Episod pertama Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) menggegarkan dunia hiburan dan mencuri perhatian dengan aura luar biasa. CSOAIM menjadi bualan utama di seluruh negara dalam satu malam!
Persembahan memukau, penuh tenaga dengan kemunculan bekas juara-juara One In A Million dari musim-musim terdahulu, kemunculan ikon legenda KRU, serta aksi hebat 20 peserta luar biasa menjadikan malam pembukaan ini sebuah peristiwa epik yang melangkaui jangkaan!
Hashtag #OIAM terus melonjak ke trending nombor 1 di platform "X" dengan lebih 700 juta capaian di media sosial menjadikan CSOIAM bukan sekadar rancangan realiti tersohor, tetapi satu fenomena yang menyatukan peminat muzik tanah air.
Image via @calpissodaoiamtv3 (Instagram)
Image via @calpissodaoiamtv3 (Instagram)
Dominasi CSOIAM menguasai carta populariti!
CSOIAM mengungguli dari segi potensi dan jumlah capaian, membuktikan kemampuannya menarik perhatian penonton yang lebih luas di pelbagai platform.
Dominasi ini mencerminkan pengaruhnya sebagai jenama yang mampu mencipta keterujaan dan daya tarikan yang besar.
Namun begitu, anggaran tontonan yang lebih tinggi turut menunjukkan bahawa penonton bukan sahaja lebih aktif berinteraksi, menjadikan setiap pengalaman lebih bermakna dan berimpak.
CSOIAM terus membuktikan bahawa ia adalah pertandingan paling hebat dan dinantikan di Malaysia.
Dengan gabungan bakat generasi baharu dan sokongan luar biasa daripada peminat, program ini mengukuhkan kedudukannya sebagai program berprestij untuk mengakhiri tahun ini.
Image via @calpissodaoiamtv3 (Instagram)
Episod pertama CSOIAM mencatat permulaan yang penuh kejutan apabila daripada senarai 20 terpilih, hanya 14 peserta terbaik berjaya mara ke minggu kedua, melepasi enam lagi yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal.
Dalam persaingan yang sengit, setiap peserta tampil habis-habisan, menonjolkan vokal yang mantap dan penghayatan yang cemerlang demi membuktikan mereka layak digelar ‘satu dalam sejuta’.
Namun, impian terpaksa berakhir lebih awal buat Yusriansyah, BFORE3, BOISOVER, Iqmal Romi, Esther, dan Jill Gaisah, yang terpaksa akur dengan keputusan minggu ini.
70% penilailan berdasarkan persembahan pentas secara langsung dan 30% daripada saringan awal
Image via @calpissodaoiamtv3 (Instagram)
Minggu pertama menyaksikan kuasa mutlak barisan juri tetap, Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan dengan penilaian 70% berdasarkan persembahan pentas secara langsung dan 30% daripada saringan awal.
Proses penyingkiran dilaksanakan secara berperingkat dalam kumpulan kecil di selingan persembahan lagu, menambah elemen dramatik kepada pertandingan.
Namun, dalam pusingan penentuan ini, detik di luar jangkaan terjadi apabila Rezza Shah diberikan imuniti pada saat akhir, menjadikan beliau peserta ke-14 yang mara.
Pada malam episod pertama, Zazzleen mencuri perhatian dengan persembahan bertenaga lagu I’m Outta Love, manakala gelaran Peserta Paling ‘FIZZ’ menjadi milik Kai Deva yang bakal berduet bersama Datuk Nash pada minggu hadapan. Menurut Cakra Khan, ton suara Kai Deva sempurna dan berada di tempat yang tepat!
Minggu Hadapan - Tema ‘Melodi Indah, Segar Membara’! - Lagu-lagu hit yang pernah mencuri hati suatu ketika dahulu, diberi nafas dan melodi baru yang segar.
Mampukah peserta top 14 memukau juri dan penonton dengan X-faktor yang dinanti-nantikan? Saksikan setiap detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi di tonton.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan keajaiban peserta-peserta Top 14 ini secara langsung.
Image via @calpissodaoiamtv3 (Instagram)
Menangi PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 setiap minggu!
Melalui laman sesawang juga, anda boleh mengundi peserta kegemaran sambil berpeluang memenangi sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 setiap minggu!
Teruskan menonton siaran langsung CSOIAM dan bersedia untuk imbas kod QR yang dipaparkan semasa iklan. Jawab semua soalan dengan tepat dan pantas – siapa tahu, anda mungkin pemenang bertuah yang akan memandu pulang hadiah luar biasa ini!
Undian untuk CSOIAM secara rasmi akan bermula minggu hadapan! Jangan lepaskan peluang untuk memberikan sokongan padu kepada peserta kegemaran anda.
Keputusan mingguan akan ditentukan berdasarkan gabungan 60% markah daripada juri profesional dan 40% undian daripada penonton, bermula episod kedua sehingga episod kelapan.
Tambahkan impak undian anda dengan mudah! Daftar di Tonton untuk mendapatkan 10 undian percuma. Tidak cukup?
Tingkatkan lagi peluang peserta pilihan anda dengan membeli Calpis di Shopee dan menebus baucar eksklusif dengan tambahan 50 undian.
Pastikan anda bersedia untuk menyokong peserta kegemaran anda dengan cara yang paling berkesan. Undian anda mungkin menjadi penentu kejayaan mereka!
Image via @calpissodaoiamtv3 (Instagram)
Calpis Soda One In A Million kolaborasi bersama Calpis Soda, TV3 & Tonton, dengan sokongan padu daripada rakan penaja PEUGEOT, Yes5G, dan OPPO.
Menambah kemeriahan program ini adalah rakan digital SAYS, OhBulan!, XTRA, dan Seismik, bersama-sama rakan radio kami, Hot FM dan Fly FM.
Jangan juga terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif menerusi “Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal,” yang akan bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam bermula 26 Disember.
Ikuti @CalpisSodaOIAMTV3 di semua platform media sosial untuk perkembangan terkini dan sertai kemeriahannya.
Rasai kesegaran dan nikmati keunikan rasa yang menyegarkan bersama Calpis Soda, minuman susu kultur berkarbonat pilihan anda musim ini!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment