Calpis Soda One In A Million Kembali Selepas 15 Tahun, Jom Sertai Sesi Uji Bakat Sekarang!
Inilah peluang anda untuk serlahkan lagi bakat nyanyian dan peluang menangi RM1 juta.
Program nyanyian paling ikonik di Malaysia iaitu Calpis Soda One In A Million (OIAM) kini kembali selepas 15 tahun
Ditaja khas oleh minuman susu Calpis Soda, OIAM hadir dengan format baharu dan ganjaran luar biasa untuk menginspirasi pemuzik berbakat di seluruh negara, sekaligus memperkukuh kedudukan sebagai pertandingan pencarian bakat paling unggul.
Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta, dan kontrak rakaman bernilai RM 400,000 serta peluang bekerjasama dengan artis dari Indonesia.
Image via TV3 Malaysia (Facebook)
Image via TV3 Malaysia (Facebook)
Lebih hebat lagi, penonton berpeluang memenangi sebuah kereta setiap minggu dari Calpis Soda OIAM menjadikan keseluruhannya tujuh buah kereta diberikan sepanjang musim!
Sebagai perintis kategori minuman kultur, Calpis yang mula dijual pada tahun 1919, kini bersatu dengan program muzik realiti bersejarah Media Prima, yang pernah diterbitkan di 8TV pada tahun 2006.
Gabungan dua jenama unggul ini dijangka mencipta sejarah baharu dengan memperkenalkan semula program ikonik ini di TV3 dengan misi menyediakan pengalaman muzik yang segar buat rakyat Malaysia.
Tampil dengan konsep dan format baharu
Dalam inovatif pertama di industri pemasaran, Calpis Soda selaku Penerbit Eksekutif program ini, menyuntik kesegaran melalui pelbagai inovasi kandungan dan struktur baharu untuk memberikan perspektif segar kepada rancangan blockbuster ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn. Bhd. Malaysia, Singapura dan Brunei, Santharuban Thurai Sundaram berkata, OIAM musim terbaharu bakal menjanjikan kelainan dan pastinya menghiburkan.
Image via TV3 Malaysia (Facebook)
"Calpis Soda komited bekerjasama dengan Media Prima untuk menghasilkan program yang hebat ini dalam usaha menyemarakkan rakyat Malaysia dengan program kebanggaan terbaru kami ini.
"Program ikonik ini telah melahirkan ramai penyanyi terkenal dan kini selepas 15 tahun, bersama dengan TV3, kami akan membawanya ke tahap yang baharu yang lebih tinggi.
"Saya yakin Calpis Soda One In A Million akan menjadi program muzik terbaik, di mana peserta dan penonton akan merasai pengalaman yang tiada tandingannya.
"Dengan tagline Segar Rasa, Soda-p Suara, program ini bertujuan untuk mencari suara bernilai satu juta, suara yang paling sodap sebagai jutawan, dengan ganjaran sejuta ringgit yang tiada tandingan dengan program lain!," katanya.
Hadiah lumayan untuk yang bergelar juara Calpis Soda OIAM
Tambah Santharuban, OIAM adalah sebuah platform yang bagus untuk mencungkil bakat luar biasa dimiliki penyanyi di luar sana.
Selain hadiah bernilai RM1 juta, pihaknya sedang bekerjasama dengan Media Prima untuk memastikan pemenang akan mendapat pendedahan yang tepat untuk memulakan kerjaya muzik mereka.
"Bersama TV3, kami juga merancang untuk melancarkan lagu kolaborasi dengan artis Indonesia, untuk melonjakkan kerjaya juara ke pasaran Indonesia. Kami fokus untuk membangunkan bakat baharu negara melangkaui Malaysia.
"Apa yang benar-benar luar biasa tentang One in A Million ialah ia bukan sekadar mengiktiraf juara, tetapi adalah platform melahirkan bakat luar biasa seperti Yuna sebagai contoh, iaitu artis yang telah memulakan perjalanan kerjaya beliau melalui pertandingan ini.
"Oleh itu, One In A Million bukan sahaja menjadi platform melonjakkan nama mereka yang menjuarai program ini, bahkan membuka jalan kepada artis baharu dan mengetengahkan ramai penyanyi dan pemuzik berjaya," ujarnya.
Image via TV3 Malaysia (Facebook)
Gandingan duo dinamik Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy sebagai pengacara
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof memberitahu, dua selebriti terkenal yang cukup handal dalam bidang nyanyian iaitu Datuk Yusry Abdul Halim dan Ziana Zain bakal membimbing peserta sepanjang musim.
Membawa kembali Calpis Soda One In A Million dengan hadiah bernilai RM1 juta menjadikan ia program pertandingan muzik paling menarik dan berprestij di Malaysia. Pihaknya teruja untuk memberikan peluang kepada bakat-bakat muda, baik tempatan dan serantau, untuk bersinar di pentas ikonik ini.
Image via TV3 Malaysia (Facebook)
"Kami berhasrat untuk membawa kegembiraan bukan hanya kepada peserta, tetapi juga penonton, dengan hadiah mingguan berupa kereta untuk memeriahkan suasana pada musim ini!
"Musim ini, gandingan duo dinamik Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy diberi kepercayaan untuk menghangatkan pentas dan membawa kelainan dengan keunikkan mereka sebagai pengacara baharu!
"Manakala sudah tentunya peminat tidak mahu terlepas menyaksikan juri-juri hebat kami, lagenda industri muzik Datuk Yusry Abdul Halim dan Ziana Zain, yang akan membimbing peserta dalam perjalanan mereka mencipta kejuaraan.
"Media Prima sangat berbangga kerana telah mencipta platform ikonik sebelum ini, dan kami gembira dapat bekerjasama dengan Calpis Soda untuk membawa dimensi baharu kepada program ini.
"Kami menggalakkan penonton untuk sama-sama aktif menyertai pencarian suara sejuta ringgit Malaysia yang seterusnya. Sertai kami dengan mengundi peserta kegemaran anda, menghadiri persembahan mingguan secara langsung, dan kongsikan pengalaman anda di media sosial," kongsinya.
Terbuka kepada semua termasuk yang sudah menjadi penyanyi berpengalaman sebelum ini
Jelas Nini lagi, mana-mana peserta tanpa mengira latar belakang boleh mencuba nasib menjadi peserta OIAM meskipun sudah bergelar penyanyi berpengalaman.
Selain menyasarkan untuk menjadi program muzik terunggul, Calpis Soda One In A Million ialah platform demokratik, di mana bakat adalah keutamaan kami dan semua peserta berpeluang untuk berjaya!
Sama ada anda seorang artis berpengalaman, penyanyi baru, duo berbakat atau kumpulan baharu yang dibentuk dari kolej, anda semua layak untuk menyertai dan ini mungkin menjadi platform anda bersinar!
Image via googleapis.com
"Kami sedang menjalankan uji bakat di pelbagai lokasi di seluruh negara, termasuk di Malaysia Timur dan kami menggalakkan peserta untuk hadir dan mempamerkan bakat terbaik mereka!
"Kami memulakan dengan uji bakat besar-besaran di Karnival Jom Heboh di Angsana Mall Johor Bahru, dan kemudian akan menjelajah ke pelbagai lokasi di negara ini.
"Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke uji bakat secara bersemuka, jangan risau! Kami mengalu-alukan dan menerima penyertaan secara dalam talian.
"Anda hanya perlu merakam video nyanyian anda dan memuat naik ke akaun TikTok anda dengan tanda pagar #CalpisSodaOIAMTV3. Jika anda berbakat, sudah tentu anda yang kami cari," ujarnya.
Sesi uji bakat akan dijalankan secara dalam talian dan bersemuka
Calpis Soda One In A Million terbuka kepada semua yang berusia lima belas tahun ke atas dari Malaysia dan negara jiran, menerima penyertaan sama ada secara solo, duo, atau kumpulan! Penyanyi yang mempunyai lagu ciptaan sendiri amat digalakkan untuk menyertai, selagi mereka tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman.
Uji bakat akan dijalankan secara dalam talian dan bersemuka. Untuk uji bakat dalam talian, peserta boleh memuat naik video nyanyian berdurasi satu minit di TikTok menggunakan tanda pagar #CalpisSodaOIAMTV3 dari 1 hingga 17 November 2024.
Uji bakat terbuka pertama telahpun berlangsung selama dua hari di Karnival Jom Heboh di Angsana Mall Johor Bahru pada 2 hingga 3 November 2024 yang lalu.
Image via TV3 Malaysia (Facebook)
Jadi bagi anda yang berbakat di luar sana, jangan lepaskan peluang ini dan hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million yang ketiga di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 16 & 17 November 2024 (Sabtu & Ahad), dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Masih tidak terlambat bagi warga Sabah & Penang! Cepat-cepat hadir ke Aras 5, Sabah International Convention Centre (SICC) dan Hotel Atrium, Sunshine Central Penang, Penang dari jam 10 pagi hingga 10 malam, 9 & 10 November ini!
Ada fast lane eksklusif untuk peminat Calpis Soda yang teruja!
Selain itu, terdapat juga Fast Lane Eksklusif untuk peminat Calpis Soda yang teruja! Dengan pembelian pek promosi eksklusif 10 tin Calpis Soda pada harga RM30.00 sahaja.
Peminat dapat menikmati proses uji bakat yang lebih lancar dan cepat ideal untuk mereka yang bersedia untuk merebut peluang di pentas Calpis Soda One In A Million.
Ini adalah peluang berharga bagi bakat-bakat muda yang bercita-cita tinggi untuk mempamerkan kebolehan mereka dan yang berpotensi menjadi bintang besar dalam Calpis Soda One In A Million.
Jadi, tunggu apa lagi? Sertai kami bulan Disember ini di TV3 bersama Calpis Soda One in A Million, dalam pencarian suara bernilai sejuta ringgit Malaysia yang seterusnya.
Ikuti @TV3Malaysia di semua platform sosial untuk maklumat terkini dan rasai keterujaan Calpis Soda One In A Million bersama Calpis Soda, minuman soda kultur kegemaran anda untuk musim ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain mengenai Calpis Soda One In A Million hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment