Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Canting Batik Sendiri, Wanita Berbakat Ini Hasilkan Pelbagai Corak & Lukisan Yang Unik

Pernah 'curi' ilmu di kilang batik.

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Batik merupakan seni corak unik yang boleh didapati sejak dulu lagi

Tidak dinafikan, corak batik berubah mengikut zaman pemodenan. Pada awalnya, corak batik yang digunakan pada zaman dulu mempunyai corak bunga, kayu ranting dan pelbagai warna.

Sehingga kini, corak batik masih digemari ramai, cumanya warna dan pilihan yang bertambah banyak supaya dapat menambat hati orang ramai.

Pembikinan batik bukan mudah yang disangka, beberapa proses perlu dijalankan iaitu proses melukis, mencanting dan mewarna.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Cleanipedia

Minat yang mendalam, pelukis batik hasilkan corak unik yang menarik perhatian

Farah Hanim yang merupakan graduan bidang seni bina Universiti Malaya mula mencanting sejak lima tahun yang lepas.

Farah dilihat berbakat dalam menghasilkan pelbagai corak dan lukisan yang mendorong dirinya untuk memulakan perniagaan batik. Pada awalnya, dia hanya memulakan bisnes dengan menjual design batik saja yang dikenali sebagai Novak Batik.

Namun, lama-kelamaan disebabkan minatnya mendalam untuk menghasilkan batik, dia cuba mencanting sendiri. Pada awalnya, dia mengaku dia tidak begitu mahir dan dia mempunyai kekangan untuk pergi kelas dan belajar kerana dia baru melahirkan seorang cahaya mata.

Farah kemudian nekad pergi ke kilang batik untuk mempelajari proses membuat batik dari awal sampai akhir. Dia juga belajar melalui YouTube secara perlahan-lahan.

Image via @farahmohan (Instagram)

Tak sanga video saja-saja melukis menjadi viral dan dapat banyak sambutan

Farah mula menghasilkan lebih banyak corak yang unik sehingga ramai tertarik dengan coraknya. Kemudian, dia telah mendapat banyak permintaan bagaimana hendak menghasilkan batik sebegitu. Ramai juga yang bertanya di mana mereka boleh mendapatkan kit membuat batik. 

Dari situlah dia mula meniaga DIY kit batik untuk beginner. Selain itu, dia juga menawarkan bengkel untuk sesiapa yang ingin belajar mencanting selain menjual design batik kepada orang awam. 

Image via @novakbatik (Instagram)

Image via @novakbatik (Instagram)

Image via @novakbatik (Instagram)

Tonton video penuh pembuatan batik di sini:

Sangat berbakat, cantik-cantik semua corak batiknya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment