Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

10 Cerita Hantu R&R Dan Lebuh Raya Yang Bakal Menghantui Perjalanan Balik Kampung Anda

Masuk kereta, baca bismillah, baca doa, dan pandu dengan hati tenang.

Cover image via blogspot

AMARAN: Koleksi cerita hantu dalam artikel ini boleh membuat darah anda berderau dan jantung anda berdegup kencang. Anda juga mungkin susah nak tidur malam. Jadi, hati-hati.

1. Siulan di R&R Ajil dan Lembaga di Bukit Belah di LPT2

Image via blogspot.com

Seorang pengguna, Ahmad Aziz Jaafar, 37 berkata, dia pernah mengalami gangguan ketika menggunakan LPT2 tetapi tidak mengendahkannya.

Insiden seram juga berlaku kepada rakannya sendiri di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil di awal lebuh raya berkenaan dibuka.

“Pernah berlaku ketika saya dalam perjalanan untuk mengambil kawan yang keretanya rosak di LPT2 apabila diganggu dengan siulan menakutkan. Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan ketika saya memandu terdengar siulan di tempat duduk belakang membuatkan saya seriau," katanya.

Menurutnya, bagi menghilangkan bunyi itu, dia memasang radio dengan kuat dan membaca ayat-ayat suci al-Quran di dalam hatinya.vApabila tiba di kawasan terang, dia memberhentikan kereta dan memeriksa di bahagian belakang tetapi tiada apa-apa.

Ahmad Aziz turun menceritakan satu lagi insiden menyeramkan iaitu ketika dia bersama rakan berhenti di R&R Ajil. Menurutnya, ketika itu rakannya menaiki kenderaan bersama isterinya, manakala dia memandu bersendirian.

“Ketika di R&R Ajil, saya nampak isteri kawan saya turun untuk ke tandas dan setelah selesai dia naik semula ke kenderaan dan kami bergerak ke rumah masing-masing. Apabila tiba di rumah rakan di Jerangau Barat, saya keluar dari kereta, manakala isterinya tidak berganjak dari tempat duduknya.

“Bagaimanapun, dia mendapat panggilan telefon daripada isterinya dan walaupun agak pelik dia mengangkat dan apa yang mengejutkan si isteri sebenarnya masih berada di R&R Ajil. Apabila dilihat di dalam kereta, makhluk yang menyerupai isteri sudah tiada dan barulah dia menyedari yang berada di sebelahnya itu bukanlah isterinya," katanya.

Ahmad Aziz berkata, cerita-cerita mistik memang banyak diperkatakan termasuk ada yang mendakwa nampak lembaga hitam yang besar di atas jejambat.

Lembaga besar di sempadan Ajil-Bukit Besi

Seorang penarik kereta atau “Call Man”, Shamsudian Salleh, 43 berkata, kerjanya sebagai tukang tarik kereta yang mengalami kerosakan akibat kemalangan membuatkannya sentiasa berada di LPT2 dan pelbagai faktor sebenarnya boleh menyumbang kepada kemalangan.

Kisah-kisah mistik yang diperkatakan oleh orang ramai juga bukan perkara asing baginya walaupun tidak pernah mengalaminya sendiri.

Menurutnya, paling banyak tiga kes kemalangan berlaku dalam sehari tetapi kadang-kadang ada juga dalam seminggu tiada kemalangan.

“Antara kisah makhluk halus yang popular di kawasan ini ialah kehadiran lembaga besar di sempadan Ajil dan Bukit Besi. Satu lagi gangguan mahkluk berambut panjang dan berpakaian serba putih di sekitar Jerangau dan laluan itu memang berlaku kemalangan. Ada juga rakan yang kemalangan selepas terlihat lembaga hitam melintas.

“Bagaimanapun, saya percaya kemalangan yang berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk kehadiran binatang peliharaan seperti lembu dan binatang liar seperti badak, beruang dan tapir,” katanya.

Kubur lama dipindahkan

Biarpun laporan pihak berkuasa menyatakan punca utama berlakunya kemalangan di LPT2 disebabkan kecuaian pengguna, namun isu gangguan makhluk halus tetap menjadi perbualan hangat pengguna serta penduduk.

Malah, ada yang mempercayai unsur-unsur mistik turut menjadi penyebab pusara di lebuh raya memandangkan satu demi satu kemalangan maut terus berlaku apatah lagi tragedi berdarah itu terjadi di lokasi kilometer yang hampir sama.

Tragedi meragut lima nyawa termasuk empat daripadanya rentung di Kilometer (KM) 386 pada 24 Mei 2015 begitu meninggalkan kesan di hati, selain insiden maut melibatkan seorang peronda LPT, Razali Ishak, 44, pada 27 Jun 2014 di KM 415.1.

Kedua-dua kes tersebut turut menjadi viral di laman sosial sehingga ada yang mengaitkan kejadian kemalangan maut melibatkan peronda LPT mempunyai kaitan dengan unsur mistik ekoran adanya ‘seseorang’ dalam sekeping gambar diambil orang awam di lokasi kejadian.

Bagi warga emas dari Kampung Peroh, Che Nik Che Wil, 71, cerita ada sesuatu yang melintas sehingga dikatakan punca pemandu terbabas antara kisah sering didengarinya dan rata-rata ia berlaku di kawasan hampir sama termasuk satu lokasi dipanggil Bukit Belah.

“Pakcik tidak pernah alaminya tetapi sering dengar cerita sama beberapa kali iaitu ada benda melintas lalu menyebabkan pemandu terbabas atau kemalangan. Dikatakan juga adanya kubur lama tetapi telah dipindahkan sebelum projek pembinaan LPT2 dimulakan dulu.

“Ketika kerja-kerja pembinaan dilakukan dahulu juga pakcik dengar cerita ada beberapa orang pekerja meninggal dunia kerana tragedi termasuk kenderaan terbalik. Malah, sewaktu lebuh raya belum dibuka ia telah meragut nyawa seorang penunggang motosikal.

“Daripada cerita didengar, penunggang motosikal itu berasal daripada Felda Jerangau Barat. Mayatnya hanya dijumpai sebelah petang oleh penternak lembu, ketika itu darah yang mengalir telah pun kering. Pakcik difahamkan dia terbabas,” ujarnya.

2. Bonet kereta tidak terbuka

Image via blogspot.com

Ape yang aku taipkan kat sini untuk kali ni adalah sumber yang aku dapat dari member aku sendiri. Kejadian ni berlaku kepada arwah pakciknye sendiri dan diceritakan semula oleh isteri si arwah.

Member aku ni asal dari Penang (seberang Prai) sebenarnye tapi ramai ahli keluarga,sedara mara dia berhijrah luar dari Penang dan member aku ni sendiri berhijrah ke Melaka pasal ikut abah dia yang bertugas di Penjara Melaka.

Kejadian ni berlaku pada masa cuti sekolah dan ketika itu arwah,isteri & sorang anak (masih bayi masa tu) join sedara2 yang lain untuk menghadiri satu majlis perkahwinan di Penang. Info yang aku dapat,ada 3 buah kereta termasuk kereta arwah ni yang ikut dalam konvoi tu.

Perjalanan dorang bermula dari Melaka kemudian singgah di Kuala Selangor untuk mengambil 2 org lagi sedara yg tinggal di situ. Memandangkan perjalanan bermula agak lewat,jadik dah tentu lah dorang akan lalu kat highway pd waktu malam kan.

Perjalanan mereka pada mula memang tiada masalah hinggalah salah sebuah dari keta dorang memberi isyarat untuk berhenti makan di RnR yg biasa terdapat di highway. Ketika itu,dorang ni baru je melepasi RnR tapah. Dan... pada ketika itu jugak,arwah ada suarakan pada isterinya "Jauh lagi lah nampaknye kalau nak brenti makan. Mana ada lagi RnR lepas ni", kata arwah. "Takpelah bang,jap lagi kita boleh brenti kat hentian tepi je. Bukan nak makan berat2 pun. Takat makan buah pun jadik la",jawab isteri (makcik member aku). "Mmm... ikutlah",jawab arwah pulak.

Perjalanan diteruskan hinggalah dorang ternampak sebuah RnR yang besar dan ramai orang. 2 buah keta yang kat depan terus masuk ke susur RnR tu untuk brenti makan & rehat. Tapi masa tu arwah agak teragak2 untuk ikut sekali sebab maybe masa tu dia tak lapar dan dia rasa agak pelik sket dgn keadaan RnR tu tapi memandangkan 2 buah keta yg lain dah menuju ke parking keta,nak tak nak arwah pun brentikan keta.

"Awak nanti jangan makan tau. Minum je takpe",kata arwah pada isterinye. "Eh,kenapa plak bang.",kerut dahi isterinye bertanya. "Alah,ikut jelah. Nanti abg bagitau sebabnye",jawab arwah.

Driver & penumpang2 dalam 2 buah keta yg lain memang duduk makan kat situ tanpa ada musykil ape2. Dorang tak duduk lama kat situ bila kenangkan perjalanan yg masih jauh. Adalah agak2 1/2 jam dorang bertapa kat situ dan kemudian masing2 sambung balik perjalanan menuju ke utara.

"Hah,kenapa abang tak bagi saya makan tadi?",tanya makcik member aku. "Eh,awak ni. Tak perasan ke tadi? Dalam ramai2 orang kat RnR tu,ada awak perasan keta lain kat RnR tu selain keta kita 3 buah. Logik ke,orang ramai tapi takde keta ke,bas ke,motor ke. Pastu,pakaian orang2 kat situ selain dari kita semuanye seakan2 sama kan. Lagi satu,perasan tak pelayan kat RnR tu terutamanye pompuan,semua muka dorang hampir sama. Tak pelik ke tu?",terang arwah pada isterinye...

Masa ni barulah makcik member aku ni perasan. Patutlah,awal2 lagi arwah macam teragak2 nak brenti kat RnR tu. 2 buah keta lagi dah laju di depan meninggalkan dorang 3 beranak ni. "Betul lah bang. Baru saya perasan",sambung sang isteri. "Hah,lagi satu. Kalau awak sempat paling lepas kita kuar dari RnR tu,awak leh nampak tempat tu gaung sebenarnye. tengok je lah sekarang,kita kat bukit kan?",jawab arwah plak.

Meremang bulu roma makcik member aku masa tu bila dengar penjelasan dari arwah suami dia. 2 buah keta kat depan terus je pecut,maybe nak cepat sampai gamaknye sedangkan arwah tetap dengan pemanduannye yg agak perlahan masa tu (dalam 100km/j).

Tiba-tiba......................

Tiba-tiba..... dengan tak memasal,enjin keta arwah mati. Masa tu keta tu hampir menghala ke terowong tol Jelapang. "Allahuakbar,kenapa lak keta ni?",arwah merungut kecil. Isterinya nampak gelabah masa tu sebab 2 buah keta yang lain dah jauh ke depan.

"Awak tunggu je dalam keta. Jangan keluar kemana2. Saya nak tengok ape yg tak kena ngan enjin keta ni",arwah mengarah isterinya. "Abang jangan lama2 tau",jawab isteri yang mula rasa tak sedap hati. "Yelah....yelah.... awak duduk je dalam keta",kata arwah lagi sambil membuka pintu keta.

Bonet depan dibuka,arwah cuba check untuk tau ape masalah pada enjin keta dia. "Awak tunggu jap,saya nak pegi carik air. Radiator dah kering airnye ni",laung arwah pada isteri yg duduk dalam keta. "Nak cari air kat mana bang?. Ni kawasan bukit ni",jawab sang isteri. "Alah,pandai2lah abang nanti",jawab arwah sambil memegang botol kosong yg diambik dari bonet belakang.

Makcik member aku kata,masa tu memang takde keta yg lalu. Sesekali adalah lori treler yang lalu. Takkan nak tahan kan. Kalau tahan pun,tak mungkin lori treler akan brenti sebab takut menggelungsur ke bawah bukit.

Agak lama jugak makcik member aku ni tunggu husband dia. Tiba-tiba................... "Bam!!Bam!!" "Mak!!",jerit sang isteri pasal terlalu terperanjat bila dengar ada bunyik yang kuat di atas bumbung keta seolah2 bunyik buah kelapa jatuh... Anaknye yang kecik turut menangis terperanjat....

Makcik member aku ni mula gelabah. Untungnye,handphone arwah husband dia ditingglkan atas dashboard. Dia capai henpon tu dan call salah sorang sedaranya yang dah jauh di depan. "Halo,korang kat mana tu",sang isteri mula bersuara. "Kitorang baru lepas terowong ni",jawab suara dalam henpon tu. "Macam ni,keta abang rosak tepi jalan ni. Abang plak pegi carik air. Katanye radiator kering. Akak nak buat ape sekarang ni. Ada benda hempap atas bumbung keta tadi ni. Akak takut la",jawab sang isteri lagi.

"Akak jangan kuar keta. Tunggu je dalam keta. Nanti kitorang tepon peronda. Tunggu tau,jangan kuar keta",jawab suara dalam henpon lagi. "Ok2...",jawab sang isteri.

15 minit kemudian,peronda lebuh raya ngan polis sampai. "Tenang sikit hati",kata makcik member aku masa tu. "Puan ok ke? Kenapa brenti tepi jalan ni? Keta rosak ke?",tanye sorang peronda polis. "Keta ni tiba2 mati tadi. Suami saya tengah pegi carik air. Dia kata radiator kering. Pastu tadi saya dengar ada bunyik yang jatuh atas bumbung keta ni. Ada ape2 ke akat atas bumbung ni encik?",soal sang isteri.

"Takde ape2 pun puan. Takpela,puan boleh kuar dari keta sekarang. Nanti kitorang tolong carik suami puan",jawab peronda polis tu plak. "Baiklah. Mintak tolong ye encik,carikan suami saya. Tadi dia pegi ke arah gaung tu tadi. Cari anak sungai agaknye",kata sang isteri lagi.

Gerakan mencari arwah bermula. Masa tu kata makcik member aku ni,peronda tu cuma ada 4 orang aje (2 peronda lebuh raya,2 lagi peronda polis). Agak dah setengah jam mencari tak jumpa,peronda2 tu berpatah balik ke arah keta dorang.

"Takde lah puan. Tapi puan jangan risau,saya akan buat laporan pada ibu pejabat",kata peronda polis. Sambil2 tu,peronda lebuh raya masih lagi cuba mencari di sekitar keta plak.

"Cuba bukak bonet belakang keta ni",arah salah sorang peronda lebuh raya tu. "Papp..." Bonet terbuka. "Encik,mari sini kejap",peronda tu memanggil salah sorang peronda polis tu. "Hah,ada ape ni?",tanye polis tu. "Ini encik",peronda lebuh raya tu menunjukkan sesuatu didalam bonet keta. Polis tu cuma mengangguk kepala je,kemudian berjalan ke arah makcik member aku yg tengah tunggu kat keta peronda tu.

"Puan,banyakkan bersabar ye. Suami puan disahkan tiada lagi",kata polis tu. "Apa??!!!",airmata sang isteri mula meleleh dan kemudiannye terus dia meraung tanda faham ape yg disampaikan oleh polis tu.

Kemudian,sebuah trak polis & lori tunda sampai utk settlekan masalah tu. Melalui polis tu, kepala arwah hampir putus dan hanya tinggal secebis daging sebesar jari untuk memisahkan kepala ngan badan. Kenduri kawen yg dorang patut hadir disatukan sekali ngan kenduri arwah. Dan sampai sekarang makcik member aku tu tak tau punca kematian/ape yg membunuh arwah suami dia. Cuma yg pelik,macam mana plak jenazah arwah boleh ada dalam bonet keta sedangkan selama dia duduk dalam keta tu,takde plak bunyik bonet dibuka atau ditutup.

3. Kisah mistik KM333

Image via blogspot.com

Salam Ramadhan buat semua...

Nie status susulan status pagi tadi masa den upload lepas sahur then nak tido dah time nie....
Oklah... Nak kata seram... Macam x seram sangat... Then nak kata dah kena ikat... Macam x kena ikat... Huhuhu... Apa2 pun... Nie pengalaman kedua sebenarnya kena di jalanraya... Ok... Mai nak cerita... Dari mula sampai abeh....

Tepat jam 8.35mlm kami pun bertolak dari Marang....

Dari marang... Kami lalu jalan dalam... Sampai keluar ke exit tol ajil.... Jalan dalam sini pun super gelap... Tapi buat biasa je la... Ok... Bermula atas LPT2... Mcm2 la dok borak dgn mem... Sambey makan satar... 16 hinggit Satar dok makan berdua... Then mifzal join jap mkn dua tiga ketul... Aku drive... Zue dkt sebelah mengupas satar... Then suap... Mkn dan bercerita... Lepas tu... Termasuk la cerita bab LPT2 nie dkt zue... Bila start dia cakap... "Sunyikan highway ni bang... X ramai orang guna pun..." huhuhuhu....

Aku pun cerita la citer2 kes kemalangan atas LPT2 ni yg aku tahu la... Sampai ke kes yg harimau kena langgar tu... Then zue pun sambut la... Memang hutan tebal sini kot sampai harimau pun naik highway.... Then aku pun ckp... Tu la... Kena hati2... Takleh cakap besau... Takleh cakap pelik2 atas highway nie.... Then aku ckp dah xmo satar dah kenyang.... Waktu nie.. Zue pun lap2 tgn guna tuala basah dan simpan la satar tu semua... Dia pun pusing ke blkg nak amik air... Then dia ckp... Abg ada gantung air sejuk ke dkt blkg seat dia tu... Aku pun paling la skali tgk... Air yg mana dia maksudkan..... Then............ Aku pusing ja depan balik.... Aku hanya mampu ucap... ALLAH! then aku terus diam....

Zue terus paling kedepan dan terkejut... Dia mula la tanya macam2... Aku diam dan sambil baca apa yg patut... Dlm 10min gak aku tak layan dia bertanya tu.... Last2 aku ckp... "Ayg tido lah...." makcik nie plak x sampai 1minit terus terlena....

Apa yang aku nampak???? Ok. Alhamdulillah... Aku kalau kena bab2 camni masih boleh berfikir dengan waras dan takde respon yg terkejut2... Critical thinking aku masih elok gak ram dia....huhuhu...

Waktu aku nampak tu... Aku terus jeling KM punya no. Di tepi jalan... Dan nombor dia KM333.6.... Memang aku ingat sebab stail aku mmg suka hafal no. KM nie incase ada apa2 yg jadi.... Oklah... Aku cite la apa yg aku nampak.... Dah panjang nau nie.... Aku nampak curahan darah macam baru lepas kena langgar atas lane kanan....then depan sikit sekujur tubuh budak2 yg mana tangan dia dah hilang isi2 dan hanya tinggal tulang sahaja....kepala dia di bawah besi divider tu.... Dan dlm keadaan auto cruise aku tgh ON 120kmh time tu... Aku tak sempat brake dan aku takmau mengelak... Aku redah.... Dan waktu tu la yg terpacul hanya sepatah perkataan "Allah" dari mulut aku....

Dalam fikiran aku... Aku mula la pk... Hmmm... Nie la padahnya dok cerita bukan2 dkt zue tadi nie.... Tapi rupa2nya bukan takat tu saja.... Lepas zue dah terlena.... Aku rasa ada something betul2 tepi tingkap aku... Tapi aku langsung tak toleh.... Dlm hati aku kuat dok kata... Ini bayangan perasaan aku ja nie.... Then aku tgk ada cahaya samar2 dari side mirror on passager side... Aku pun tgk la side mirror tu... Then aku nampak ada something mcm kain terlekat dkt bontot kete aku... Aku terus toleh ke belakang... Aku nak tgk terus kain apa.... Then.... Time ni aku toleh tgk zue dok tido... Cuma... Tudung dia mcm dok toleh renung aku tepat.... Aku cepat2 pusing depan.... Rasa nak tau tu ada lagi... Aku pusing sekali lagi.... Then aku nampak mmg "tudung" zue tu betul2 tepi aku dkt arm rest dan zue dok tido elok ja... Aku paling depan dan beristighfar dan mula la baca macam2....

Akibat dah mula meremang bulu roma satu badan... Aku tepuk paha zue perlahana2... Aku kejut dia... Suruh tanggalkan tudung... Dia pelik... Aku x cite apa lagi... Aku ckp nampak ayg cam x selesa... Bukak la tudung... Lagipun dah gelap ni xde org nampak.... Dia buka tudung dan dia pun sambung tido....

Tak sampai 3 minit dia tido... Kali nie ujian aku kena agak lagi hebat.... Sepanjang highway aku jumpa tompokan darah2 merah.... Mcm benda baru kena langgar tu... Sampaikan mata aku pun dah nampak merah ja sepanjang jalan.... Aku amik air... Aku minum... Takut sebab aku dah letih sgt kot jadi camni... Then oleh kerana dah tak tahan...... Aku terpaksa gak kejut zue... Ayg..ayg... Bgn teman abg drive.... Then zue pun bgn... Dia tanya kenapa... Aku hanya diam seribu bahasa... Then dah mcm2 soklan dia dok tanya aku tak jawab.... Sepatah ja aku cakap.... "Takut"... Dia tanya lagi... Abg takut apa? Ha... Tadi apa yg abg nampak?? Then aku balas... Abg takut.... Teman abg.... Then aku terus diam...

Zue pun ajak la borak hal2 lain... Tapi aku tak berapa respon... Last skali aku ckp... "Ayg... Tgk jalan tar nie warna apa?" dia balas... Jap.... Kelabu la abg... Nape? Aku terus diam.... Lepas tu aku ckp... Abg nak ayg tgk jeeee jalan tar nie ye.... Ada la dlm 5min dia dok tgk... Timbul lagi tompokan darah yg seterusnya... Then aku ckp... "Haa... Ayg nampak tadi atas jalan?" dia ckp nampak apa bang?

Sama ja jalan tar nie.... Lepas tu aku ckp... Xpelah... Abg takut... Ayg jgn sambung tido... Terus teman abg borak.... Waktu nie aku set auto cruise 110kmh dan duduk lane kiri ja.... Perjalanan terus sampai lepas rnr perasing tu... Alhamdulillah...dah xde gangguan dah...

Aku pun mintak zue pulak yg drive... Sebab aku dah mengantuk... Dia sambung drive sampai la ke rumah... Kami sampai umah jam 2.12pagi dan masa atas katil baru aku cerita dkt dia.... Dia ckp dia mmg dah rasa pelik bila aku tiba2 tgh rancak bercerita dan tersebut "Allah" tadi tu...

Masa nak tido... Aku terlintas nak google... And... Aku jumpa cite pasal kemalangan di KM333 tu jugak... Aku tunjukkan dkt zue sambey mengucap panjang.... Allah hai.... Betul la abg ada eksiden.... Katanya.... Aku balas... Tapi... Tu eksiden pagi tadi..... Hmm... Wallahualam....

Sekian cerita aku....
Ikhlas dan benar....

4. Kewujudan R&R misteri

Image via blogspot.com

Salam,
kali ni aku nak berkongsi pengalaman yang tidak aku lupakan hingga hari ini. Isteri aku sampai hari ini dia meremang bulu roma bila teringat kejadian tu.

Kejadian ini berlaku pada penghujung tahun 2006. Pada hari itu, aku menghadiri Majlis Konvokesyen di UiTM Shah Alam. Majlis Konvokesyen ditemani oleh isteri dan keluarga. Selesai urusan konvokesyen, aku bertolak dari Shah Alam ke Temerloh untuk menghantar keluargaku sebelum bertolak ke Kuantan bagi menghadiri sesi temuduga di Taman Indera Mahkota, Kuantan pada keesokannya.

Lebih kurang pukul 12.00 malam, aku bertolak dari rumahku di Temerloh untuk ke Kuantan. Pada hematku, perjalanan aku lebih kurang 2 jam sahaja. Melepasi tol Temerloh, kemudian membelok ke Kuantan, tiada apa yang luarbiasa kecuali perut aku yang lapar. Silapku juga tidak makan di rumah sebelum bertolak. Disebabkan ada RnR, aku abaikan sesalan aku.

RnR Temerloh
RnR Temerloh hanya lebih kurang 3 km dari Tol Temerloh. Kerana aku baru bertolak, aku keberatan untuk singgah di Temerloh. Aku teruskan perjalanan. Isteriku dikerusi kelindan tidur kerana mengantuk. Aku pula duk melayan pemanduan, sambil memandu kepala aku mula bergiang cerita-cerita 'istimewa' yang diceritakan geng penarik kereta di Temerloh. Ada yang jumpa orang jual satay di tepi highway, beli satay kemudian bila pergi di hari lain tiada tanda atau orang berniaga di situ. Selain itu, cerita-cerita mengerikan tentang kemalangan-kemalangan yang berlaku di Highway Pantai Timur turut bermain di kepala.

Berbalik kepada realiti masa itu, aku mula rasa mengantuk. Mungkin keletihan seharian berkonvokesyen. Perut pun lapar. Jadi, aku plan nak singgah RnR 'besar' seterusnya. Sepanjang perjalanan tu, aku mulalah menggatal cari benda-benda pelik. Aku nampak api terbang di tingkap kelindan, tapi aku fikir tu mungkin reflection lampu. Tapi mungkin juga 'konon nampak'.

Dipendekkan cerita, aku nampak RnR di hadapan. Mata mengantuk, perut dah lapar..apa lagi 'berhenti sebentar di RnR' lah. Kalau tak silap aku, lebih kurang 1:30 pagi aku berhenti di RnR tu. Aku kejutkan isteri aku, memberitahu kami dah sampai di RnR.

RnR mana?
RnR mana? Aku tak tau! Yang penting ada kereta parking, ada orang, dan kedai buka. Tapi tak semua kedai buka, ada lebih kurang enam @ tujuh daripada deretan kedai yang buka. Tapi yang menarik perhatian aku adalah kedai di tengah-tengah, kedai tu memasak sup yang aromanya sungguhhhhh sedap dan dia masak di depan kedai, bukan di dalam kedai. Depan kedai? Luarbiasa dalam hari aku. Yang masak sup tu aku nampak seorang lelaki berkopiah, umurnya lebih kurang 45-50 , duk menggaul sup tu dengan menggunakan sudip atau penggaul dodol. Sup tu dimasak dalam periuk besar untuk kenduri!

Favorite isteri aku mee sup, dan aku pulak tergoda dengan sup tu. Jadi kami pun order 'Mee Sup dua!!". Seriously sedap. Sampai sekarang teringat lagi sedapnya sup tu. Selesai makan, aku mengantuk. Aku bagitahu isteriku yang aku nak rehat dan tidur di dalam kereta. Tertidur seketika. Kemudian isteri aku kejutkan aku dalam keadaan kelam kabut. Terkejutlah kan! Ingatkan ada apa, dia bagitahu dah pukul 3.00 pagi. Jom bertolak.

Bertolak ke Kuantan
Aku ambil air mineral untuk segarkan muka dan kepala aku. Kemudian, bertolak dari RnR. Masih lagi mengantuk, tapi sepanjang umur aku, belum pernah aku terlalu mengantuk untuk memandu. Jadi aku teruskan perjalanan. Tapi......... malam itu, sememangnya aku terlalu mengantuk. Malam yang gelap, dengan kereta yang jarang-jarang nak ada...sebelum nak melalui satu jejantas....mata aku gelap, tak nampak apa.. terkejut aku, aku tertekan pedal minyak sekuat hati, kemudian terlanggar sesuatu, aku dan isteri terhantuk ke cermin hadapan, dan terlihat cahaya lampu yang terang benderang dari hadapan.

MasyaAllah
Aku terlanggar divider tengah, betul-betul di bawah jambatan. Cahaya terang benderang tu adalah treler panjang di laluan bertentangan. Allah s.w.t masih panjangkan umur aku dan isteri. Nasib baik ada pembahagi jalan, kalau tidak...

Aku turun dari kereta, setelah melihat tiada kereta dari haluan yang sama. Keadaan kereta aku masa tu - Hood depan kemek, manakala allignment rim/tayar kereta depan & kanan lari ke kanan. Aku gagahkan perjalanan dengan keadaan tayar sebegitu sampailah ke Kuantan.

Selepas Kejadian
Kejadian kemalangan itu adalah kemalangan pertama aku. Jadi kejadian tu masih bermain diingatan aku. Selepas kejadian tu, aku cuba menunjukkan kepada kawan/keluarga tempat kejadian tu dan mencari RnR yang aku singgah sebelum itu.

Tapi......sampai hari ini aku tidak jumpa!!!!

Jadi RnR apakah ini?
RnR Makhluk Halus ?

Sekian.

*Aku menyaksikan dan melalui pengalaman ini bersama isteri aku.

*Lokasi kemalangan adalah di Lebuhraya Pantai Timur, menghala ke Kuantan, sempadan Maran-Kuantan, ada jejantas, laluan membelok ke kiri.

5. Bisikan di R&R Gua Tempurung

Image via myufonet.com

Saya ada satu pengalaman untuk dikongsi bersama. Kejadian ini terjadi pada saya & isteri sewaktu ingin pulang ke rumah di Klang, Selangor setelah bercuti di kampung isteri saya di Ipoh, Perak.

Selalunya saya akan bertolak pukul 10 malam ke atas sebab perjalanan yang tenang dan untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas. Ingat lagi saya pada tarikh kejadian iaitu pada hari Ahad, tanggal 19.06.2011.

Saya bertolak seperti biasa pada jam 10 malam. Saya sempat bergurau dengan isteri saya supaya membuang air kecil dahulu sebab malas nak berhenti di perhentian rehat. Kebetulan isteri saya sedang mengandung tujuh bulan anak sulung kami. Biasalah mana-mana ibu mengandung akan kerap membuang air kecil.

Sewaktu dalam perjalanan, apa yang saya jangkakan menjadi kenyataan, apabila isteri saya ingin membuang air kecil. Kebetulan dalam 100 meter di hadapan ada perhentian Gua Tempurung. Ikutkan hati saya, saya tidak mahu singgah, kerana hentian itu hanya ada tandas sahaja, jadi saya tidak boleh beli air panas untuk segarkan mata saya. Kerana kasihankan isteri saya, saya terpaksa masuk juga ke hentian itu.

Yang peliknya, laluan masuk untuk ke tandas jauh dan hati saya dah rasa lain macam. "Bang, kenapa jauh sangat nak sampai ni?" tanya isteri saya. Saya faham dia dah tak tahan sangat-untuk melegakan diri. Untuk menyedapkan hatinya, saya hanya mampu menyuruhnya bersabar dan berkata dah nak sampai, tandas di depan situ sahaja. Terdetik dalam hati saya kenapalah jauh sangat nak masuk hentian ni.

Sehabis sahaja saya berkata dalam hati, barulah nampak di depan saya tempat untuk meletak kereta dan tandasnya pula kena naik tangga menuju ke atas seperti menaiki bukit.

Saya suruh isteri tunggu di bawah, manakala saya naik dahulu untuk tengok keadaan. Bila sudah berada di atas, saya lihat ada sesuatu yang tidak kena akan tandas itu. Entahlah susah saya hendak gambarkan, tapi kaki tetap melangkah ke arah tandas.

Pada ketika itulah saya seperti terdengar bisikan supaya turun dan keluar dari situ, akan tetapi saya hanya melihat sahaja tandas itu sambil teragak-agak hendak masuk atau tidak sehinggalah isteri saya yang berada di bawah bersuara, "Bang, tandasnya ok ke tidak???" Pada ketika itulah saya seperti tersedar dari lamunan dan batalkan sahaja niat untuk masuk ke dalam.

Pada waktu itu juga tiba-tiba terasa berpeluh, dada saya terasa sesak seperti baru lepas berlari, sampai turun tangga hampir terjatuh. Bila sampai di bawah, dengan suara terketar-ketar saya beritahu isteri supaya kita cari sahaja hentian lain. Tidak tahu kenapa badan terasa seram sejuk dengan mendadak.

Setelah enjin kereta dihidupkan, isteri saya pergi ke pintu belakang bahagian penumpang ingin mengambil minyak angin yang ada di dalam begnya. Saya lihat isteri sedang tunduk mencari, saya terperasan di belakang isteri saya ada satu pondok dan kalau nak tahu di pondok itu ada bayang-bayang hitam seperti duduk bersilang kaki sedang melihat kami. Kepalanya pula bergoyang kiri dan kanan seolah-olah bermain-main dengan kami. Jarak antara pondok itu dengan kami hanya beberapa langkah kaki sahaja.

Dengan dada yang tidak berhenti berombak dan suara tersekat-sekat, saya menyuruh isteri masuk ke dalam kereta, tetapi isteri saya tetap meneruskan pencarian dan berkata, "Sekejap bang, tadi ada dalam beg, manalah Ayang letak minyak angin tadi..." "Ambil beg itu, masuk dalam cepat!!!!" sergah saya. Dengan muka terkejut dia menurut perintah.

Bila keluar dari situ sekejap sahaja sudah masuk lebuhraya, berbeza sebelum saya masuk tadi. Setelah membaca ayat-ayat suci 3 Qul dan Ayat Kursi, baru saya bertenang.

Bila dah sampai di hentian Tapah baru saya ceritakan apa yang terjadi kepada isteri saya.

6. "Awak nampak kan apa yang abang nampak?"

Image via blogspot.com

Bismillahirrahmannirrahim...

Rupa-rupanya banyak kisah seram di lebuhraya Yong Peng - Pagoh. Ingatkan lebuhraya Karak je yang banyak cerita mistik. Mungkin sebab tak berapa dihebohkan. Tak ramai yang tahu. Bila google, baru lah tahu ada juga yang diganggu bila melalui lebuhraya Yong Peng - Pagoh. Kisah makhluk menumpang, kisah wanita dan anak lelaki nak isi tong minyak, kisah berentap dengan Daihatsu Charade putih, dan macam-macam lagi.

Dan ini adalah pertambahan terkini kepada kisah-kisah mistik tersebut. Alkisahnya, lewat petang semalam, saya dan encik suami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dari Skudai setelah selesai segala urusan. Dalam pukul 6.30 petang macam tu kami keluar dari tol Skudai. Saya yang mula-mula memandu kereta. Kami plan berhenti solat di R&R Machap. Lepas solat dan mengalas perut, encik suami menawarkan diri untuk memandu kereta.

Kami pun menyambung perjalanan. Saya duduk sebelah encik suami tersengguk-sengguk menahan mata yang mengantuk. Sesekali saya terlelap sebab tak tahan sangat dah mata yang berat. Dalam kereta, kami banyak diam sambil mendengar radio. Sampai la satu kawasan tu, saya terjaga dari terlelap, jalan raya sangat-sangat gelap. Tak banyak lampu jalan di kiri kanan jalan. Jarak kereta di depan dan di belakang sangat jauh. Tiba-tiba encik suami memperlahankan kenderaan dan memandu di lorong kiri. Terlalu perlahan yang sangat pelik bagi saya sebab encik suami suka memecut laju melebihi 130 km/j. Kenapa perlahan sangat dan masuk ke lorong kiri, padahal tak ada kereta pun kat belakang yang nak memotong bila saya jeling cermin sisi yang nyata gelap gelita. Agak lama juga encik suami memandu perlahan hingga timbul dalam hati saya, kereta 'berat' ke?

Lepas papan tanda Pagoh, encik suami memecut semula. Tapi saya tak bertanya apa-apa sebab mungkin tadi dia mengantuk. Sampai la dekat Senawang, saya perasan encik suami asyik menguap. Saya bersuara sambil memicit-micit bahunya untuk hilangkan mengantuk, "ok ke?"

Encik suami macam sangat terkejut bila saya sentuh bahu dia. Tapi dia still jawab, "tak....ngantok!" Huhu. Kesian encik suami, memandu sampai mengantok. Saya offer untuk tukar driver. Tapi encik suami tak menjawab. Sebaliknya, dia bertanya, "nampak kan ape yang abang nampak?"

Saya pelik. Saya jenguk jalan raya terang di depan, kemudian menoleh ke encik suami. "Nampak ape?"

Suami diam dua saat. "Dekat area bukit yang gelap tadi, yang tak banyak kereta, tahu tak abang nampak ape?"

"Tak...." Saya mula rasa semacam.

"Abang nampak benda dalam kereta. Dalam cermin pandang belakang."

"Allahuakbar. Sebab tu ke kereta perlahan sangat tadi, sebab berat?"

"Aha. Berat. Muka dia betul-betul nampak full dan jelas dalam cermin pandang belakang."

Allah. Allah. Allah.

"Perasan kan tadi kat bukit tu?" tanya encik suami lagi. Mungkin dia nak pastikan bukan dia berimaginasi sendiri.

"Aha, perasan...abang bawak slow."

"Kejap je kat situ tadi, lepas tu hilang. Menumpang kot."

Kemudian kami diam. Selang beberapa minit saya pandang muka encik suami. Dalam hati saya, saya bersyukur sangat-sangat, encik suami tenang menghadapi situasi tu, dia tak melatah dan hilang kawalan. Saya fikir, kalau lah saya yang memandu, apa agaknya yang akan saya buat? Boleh ke saya jadi setenang encik suami? Ada hikmahnya Allah tukarkan driver kat Machap tadi. Subhanallah!

Saya masih bimbang. Saya fikir lebih baik saya drive, encik suami dah mengantuk dan penat, ditambah dengan apa yang dah berlaku. Tapi saya sendiri rasa takut dan gerun kalau-kalau ada lagi gangguan lain. Ya Allah, bertawakkal saja lah, Allah Maha Berkuasa. Dia yang lebih patut kita takuti berbanding segala makhluk di muka bumi.

"Abang ok tak?"

Encik suami menggeleng kepala. "Masih terbayang-bayang muka dia."

"Takut tak muka dia?" Ya ampun, stop it Hasunah!

"Seram gila." Kesian encik suami. Dia geleng-gelengkan kepala laju-laju seolah-olah nak hilangkan bayangan wajah makhluk yang menumpang kereta kami. "Perempuan."

Saya tak bertanya lebih lagi sedangkan dalam hati nak tanya ade darah ke, baju putih ke, rambut panjang ke. Bimbang dalam keadaan encik suami macam tu, soalan-soalan tu buat dia tak dapat hilangkan bayangan makhluk tu.

Bila nampak papan tanda RnR Seremban, encik suami bagi signal untuk masuk ke kiri. Kami isi minyak kereta, encik suami pergi toilet, kemudian saya mengambil alih memandu kereta. Dengan lafaz doa naik kenderaan dan tawakkal, kami menyambung perjalanan hingga selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah.

Moga encik suami dan saya dalam kesejahteraan, keselamatan dan perlindungan Allah selalu.

P/S: Lepas ni, tak berani dah kot nak drive seorang diri malam-malam, balik or dari Johor. Alhamdulillah, bulan puasa tu tak jadi apa-apa.

UPDATE: Encik suami dah cerita details dekat saya rupa makhluk yang menumpang tu. Wajahnya pucat putih, nampak segala urat, paling ketara urat pada bibirnya, dia duduk tengah-tengah seat belakang, tapi dia hanya diam dan matanya hanya memandang ke bawah. Dia berpakaian warna merah. Rambutnya tak seserabut macam hantu dalam cerita-cerita seram. Encik suami tergerak dalam hati mahu menegur dan bertanya, dia hendak ke mana, tetapi tidak terkeluar, mulutnya seolah-olah terkunci rapat.

7. Iswara Biru berpenunggu

Image via androidcentral.com

Ini cerita yang agak terkenal bagi mereka yang tinggal di sekitar federal highway, Old Klang Road, Sungei Way, PJ area-area sekitar.

Kebetulan, 5 years ago member aku pergi jumpa bomoh untuk berubat, then dia berjumpa dengan seorang pemuda yang juga datang berubat. Pemuda ini cuba nak halau hantu yang ‘jaga’ kereta dia. Jadi member aku dapat cerita ini dari mulut mangsa sendiri. Cerita ini akhirnya menjadi cerita hantu popular.

Ceritanya begini….

Semasa pemuda tu lalu federal highway sekitar PJ di waktu maghrib dan hujan renyai dia ternampak ada seorang kakak sedang dukung anak berjalan kaki. Pemuda ini kesian dan berhenti dan ingin membantu. Akak tu bagitau dia nak tumpang sampai area Sunway. Pemuda ini setuju untuk hantarkan.

Akak dan anaknya duduk belakang, kerana menurut dia anaknya akan ganggu pemuda ini memandu. Semasa akak tu duduk seat belakang, pemuda tu tidak nampak jika melihat menggunakan rear mirror. Tengok ikut cermin memang tak nampak, tapi bila dia toleh akak tu ada. Dia dah rasa pelik, tapi still buat tak tahu kerana dia percaya niat baik dia tidak akan dapat balasan buruk. Karma.

Then, bila hampir sampai ke bus stop yang akak tu nak turun, baby dalam pangkuan kakak tu menangis. Then, akak tu minta pemuda ini belikan sedikit air atau roti. Mungkin anaknya lapar, kerana dari pagi tidak jamah makanan.

Pemuda yang baik hati ini terus memandu sampai ke petrol station. Dia turun belikan sedikit minuman dan roti, lepas tu dia panggil pekerja petrol station tu tengok kereta dia.

dakah mereka lihat perempuan dalam kereta dia? Semua pekerja Shell tu cakap kereta dia kosong. Seat belakang kosong. Memang pemuda itu pun nampak dari luar kereta dia kosong.

Then, bila dia buka pintu untuk masuk dia nampak akak tu tersenyum. Dia tutup semua pintu dan sekali lagi lihat dari luar dan panggil pekerja Shell untuk lihat dari dekat. Sememangnya kelihatan tiada sesiapa di dalam kereta.

Kemudian pemuda tu memberanikan diri masuk kereta dan minta akak tu tolong turun kerana ada masalah. Akak tu kelihatan marah dan terus lesap di hadapan mata dia.

Semenjak hari tu, pemuda tu akan dapat lihat akak tersebut di seat belakang kereta dia bila waktu malam. Dah macam-macam cara pemuda tu cuba, mandi bungakan diri dia, mandi bungakan kereta dia. Jampi serapah, panggil bomoh, ustaz dan ramai lagi. Hilang 2-3 minggu kemudian akak tadi akan muncul semula.

Aku dengar kereta Iswara Biru tu dibuang begitu sahaja. Bila cerita ini makin popular dan ramai yang hafal plate nombornya, nobody dare to use that car. Salesman pun tak berani nak jual.

8. Skuter putih di Terowong Menora

Image via blogspot.com

Pada pukul 10.30 malam,aku bertolak dari Taiping.selepas siap mengangkat segala beg ke dalam kereta,aku bersalaman dengan mak dan abah.sempat aku menghulurkan wang RM300 kepada abah tadi.buat belanja bulan ini.

"Man bila lagi balik,Man?" rasa sayu mendengarkan suara lemah itu dari mak.mak sudah selalu jatuh sakit.terasa bersalah sebab baru kali ini dapat pulang berjumpa mak.kerja menjadi alasan.sungguh tipikal gaya hidupku.aku tak mahu melukakan lagi hati mak,maka aku berjanji akan pulang lagi minggu hadapan.walaupun isteriku mula tak senang duduk mendengar kata-kata manisku itu.

"Balik lagi ke minggu depan?" setelah lebih kurang satu jam perjalanan,akhirnya isteriku bersuara.ternyata dia tidak begitu gembira dengan janjiku tadi kepada mak.anak-anak sudah terlena di tempat duduk belakang Proton Personaku ini.

"....mak tu sakit.tak boleh ke nak tengok dia sekali-sekali."

"Lah, tadi kan dah tengok?"

Naik sedikit tekanan darah aku.hendak dimarah,tak boleh.hendak diturut,menjadi-jadi.aku mendiamkan diri,menunggu reda perasaan tegang ini.apabila surut barulah akanku pujuk semula.

Jam telah lewat pukul 12,perasaan mengantuk mula hadir.livita yang dibeli di Petronas tadi tidak menunjukkan kesan yang ketara.kudapan berupa kacang dan kuaci sudah habis 2 paket.mahu tak mahu,aku terpaksa berhenti di Hentian Sebelah Sungai Perak,untuk melelapkan mata sebentar.

"Ayah mengantuk..tidur kejap..."

"Bagi mama drive la,tak apa."

"Hummmmmm..." aku mengabaikan pelawaan isteriku dan terus melelapkan mata.kerana aku masih kurang yakin dengan teknik pemanduannya,walaupun telah 11 tahun kami berkahwin.apatah lagi diwaktu malam.lebih-lebih lagi,jalan selepas Jambatan Sungai Perak ini lebih bahaya,kerana kami akan melalui Terowong Menora,kemudian lebuh raya curam menuju ke Plaza Tol Jelapang,tempat di mana kemalangan sering berlaku.

Lebih kurang satu jam kemudian,aku terjaga.terasa segar sedikit.aku keluar untuk mencuci muka dan membeli minuman serta lebih kudapan untuk dikunyah sepanjang perjalanan.masih jauh untuk sampai ke Kuala Lumpur.

"Mama,kunci kereta.ayah nak pergi kedai.mama nak air tak?" isteriku yang separa sedar menggeleng kepala.

Pukul 1.10 pagi.

Aku meneruskan perjalanan dalam keadaan yang agak segar.radio telah kumatikan,agar isteri dan anak-anakku dapat tidur dengan lena.walaupun keadaan sunyi boleh menyebabkan perasaan mengantuk kembali,aku cuba mengatasinya dengan membasahkan lidah dengan zikir.

Lebuhraya Changkat Jering-Ipoh yang lengang memudahkan perjalanan.sekali-sekala aku memotong lori-lori balak yang dipandu perlahan.ketiadaan lampu jalan apabila tiba di kawasan bukit membuatkan aku memperlahankan kelajuan untuk keselamatan.kira-kira setengah jam kemudian,kami tiba di Kilometer 260.

Aku memasang lampu tinggi,dan dari jauh terpancar papan tanda "TEROWONG 2 KM DI HADAPAN.KURANGKAN LAJU"

Tidak sampai 10 minit,kereta yang kupandu tiba di muka terowong sepanjang 800 meter tersebut. Terowong ini dibina sebelah-menyebelah,satu ke utara dan satu ke selatan, menembusi Banjaran Keledang.

Terowong Menora...

Pelbagai cerita aneh pernah ku dengar berkenaan terowong ini.kisah orang memandu dalam terowong tapi tak jumpa jalan keluar,kisah perempuan menumpang kereta,dan lain-lain.namun,yang paling terkenal,sudah pastilah kisah Volkswagen kuning.

VRROOOOOOOMMMMMM!!!!!!

Berderau darah aku! Tiba-tiba sahaja bunyi enjin itu mengaum dari arah belakang.aku menjengah di front mirror,ternampak lampu kenderaan yang menyilaukan,seolah-olah benar-benar rapat dengan kereta aku.ahh.sudah.ini betul-betul dia.sama macam cerita-cerita yang pernah aku dengar,dan baca di Mastika.

Aku tetap mengekalkan kelajuan,tidak mahu mengikut kemahuan kereta hantu tersebut.jika aku mempercepatkan kenderaan,kereta itu akan mendorong aku sehingga terbabas.kalau nak potong,potonglah!aku bawak keluarga aku,taknak bawak laju!aku nak selamat sampai je.A'uzubillahiminassyaitanirrajim...

Aku mula membacakan ayat-ayat suci Al-Quran.ayat Kursi,ayat mu'awazitain.dan surah Al-Fatihah,berulang-ulang kali.isteri dan anak-anakku masih nyenyak tidur.baguslah.aku tak mahu mereka panik.walaupun tekanan darah aku mulai meningkat,aku cuba menenangkan diri.cuma tinggal beberapa ratus meter lagi dan kami akan melepasi terowong.dan Volkswagon kuning masih rapat di belakang.

Akhirnya, apabila tiba di penghujung terowong,kereta itu memotong kereta ku. Apabila dia betul-betul disebelah kereta kami,aku memberanikan diri untuk memandang ke kanan,ingin melihat buat kali pertama dan terakhir kenderaan hantu yang menjadi bualan ramai tersebut.

Dengan Bismillah, aku memusingkan kepala sedikit.

Eh?

"S...Skuter ???

Bukan Volkswagon kuning tetapi sebuah skuter putih, meluncur laju di lebuhraya Changkat Jering menuju ke Ipoh.... tanpa penunggang.

9. Misteri wanita berkebaya merah

Image via kosmo.com.my

Seorang guru bahasa Arab, En.Mohd.Fitri Mohamad, 29 tahun, tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas. Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis. Tidak cukup dengan itu, beliau juga mendakwa keretanya terasa begitu 'berat' dan beliau ternampak kelibat 'lembaga' semasa berhenti di Padang Besar.

"Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja" katanya. Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd.Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej 'lembaga' yang kelihatan seperti wanita berbaju kebaya merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu. En.Mohd.Fitri mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Pn.Shatini Shahidan, 28 tahun, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Pn.Shatini. Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.

"Saya membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu," ujarnya. Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya. "Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang," ujarnya. Sementara itu, Pn.Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, beliau tidak berasa sesuatu yang aneh pun.

Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku sebelum ini di Sungai Petani. Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari 2009. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April 2009. Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mangsa mendakwa yang mereka ternampak dan cuba mengelak kelibat 'wanita berkebaya merah' yang dilihat melintasi lebuh raya itu.

10. Ibu dan anak menumpang di tengah malam

Image via wordpress.com

Seperti malam-malam sebelumnya tugas Ahmad akan bermula tepat jam 12 malam. Sejak 5 tahun ini begitulah rutinya setiap hari. Bertolak dari rumah kira2 jam 10 malam dan sampai ke ibu pejabat setengah jam kemudian. Setelah berurusan dengan pihak terlibat dia pun mengambil kunci van dan menghiduokan enjin. Begitulah tugas sebagai Pemandu syarikat Penghantar Cepat @ Courrier Services. Memandu di waktu malam adalah tugas rasminya untuk memastikan barangan yang dihantar pelanggan akan tiba keesokkan harinya.

Membelah lebuhraya diwaktu malam dari Johor Bahru ke beberapa destinasi yang ditetapkan dah jadi lumrah pada Ahmad. Itulah sumber pendapatannaya untuk menampung keluarga,

Perjalanan lancar..singah sebentar di R n R Machap untuk membasahkan tekak dan memgambil angin malam sebelum meneruskan perjalanan. Jam menunjukkan 1.20 pagi. Waktu2 begini RnR pun agak meriah kerana ramai yang berhenti untuk merehatkan badan.

Dalam pukul 1.40 pagi ahamd meneruskan semua perjalanan. Mata semakin segar, dan boleh memandu dengan selesa. Melapasi Machap memasuki ke arah Yong Peng jumlah kenderaan agak berkurangan. Ahmad membuka tingkap kerana mata mulai layu ulak..padahal baru aje lepas minum Kopi O kaw..."aggghhhhhh sudahhhh getus Ahad...apasal lah mata aku ni pulak..selalu ok aje".

Mungkin sebab kali ni dia terpaksa memandu berseorangan..teman sekerja yang sepatutnya bersama-sama terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana masalah yang tak dapat dielakkan. Untuk mendapatkan pekerja gantian di saat-saat akhir agak rumit juga. Namun memandangkan kali ni Ahamd cuma perlu menghantar barang ke Kuala Lumpur....dia pun setuju aje untuk memandu berseorangan. Lagipun dia dah biasa memandu sorang2 di malam hari. Bukan setakat di Lebuhraya Utara Selatan.....yang agak meriah ni selalunya...malahan di lebuhraya yang lebih "keras" pun ada seperti Lebuhraya Karak, Lebuhraya Pantai Timur, Lebuhraya Timur Barat yang melalui jalan berbukit Jeli ke Grik...so tak adalah lah setakat lalau highway KL-JB ni...kacang ajelah....hehehhee

Tiba2 hujan rintik2 mulai turun...Ahmad menaikkan cermin tingkap...dalam hati terdetik.."alamak kalau ada geng baru OK ni....Mata...oh...mata kenapa ko mengantuk malam ni..." Dibukanya radio dari satu channel ke channel yang lain...dari lagu2 romantik..ke lagu2 klasik...semua kurang menarik minatnya. akhirnya dia tertekan ke channel radio IKIM...wahhhh elok juga ni malam2 ni dengar ayat-Al-Quran.

Semakin lama...keadaan lebuhraya agak gelap..kerana kurang lampu2 ditepi lebuhraya melalui kawasan Yong Peng ke Pagoh. Lampu agak berkurangan. Hanya mengharapkan suluhan lampu dari arah bertentangan.

Ahmad terfikir...janganlah hendaknya Van yang dinaikinya buat hal dikawasan macam ni...."alahai cepatlah sampai ke KL..kalaulah van aku rosak ni...mampuhhhhh aku...sapa nak tolong"...tiba-tiba dia terasa bulu tengkoknya meremang pulak...terbayang kalau dia berseorangan di kawasan itu dan kenderaannya buat hal..Ya Allah minta dijauhkan. Sedang Ahmad melamun dan malayan perasaan...kelihatan di hadapan dalam jarak lebih kurang 100 meter ada cahaya lampu suluh naik turun naik turun dihadapan. aghhhh sudah...baru aku berangan kereta rosak..dan ada yang betul2 terjadi. Dari jauh Ahmad mula memperlahankan kenderaan...dia tidak berapa nampak jelas siapa yang menahannya kerana cuaca agak gelap dan cuma nampak cahaya lampu. Ahmad pun lantas memasang signal ke kiri dan mula memperlahankan kenderaannya. Mulanya hati terasa cuak..tapi bila memikirkan kalau hal itu terjadi padanya dan tak ada pulak pemandu yang nak berhenti...Ohhh ini masa dia...mungkin esok masa aku. Lagipun nak ke telefon emergency tu agak jauh juga.

Amad memberhentikan kenderaaanya. Kelihatan di hadapannya seorang wanita bersama anak lelakinya berdiri ditepi jalan. Kanak2 berusia dalam lingkunagn 2 tahun....Ohhh kasihan sungguh,..mungkin kehabisan minyak kerana wanita itu memegang tin kecil. Terbayang kalaulah benda ni terjadi ke atas isterinya....memandangkan kadang kala isterinya juga terpaksa pulak ke rumah dari kerja agak lewat malam, kerana isterinya bertugas di sebuah Klinik Swasta 24 jam. Kadang hampir jam 12 malam baru isterinya tiba di rumah bila habis shift pukul 11 malam. Ahmad lantas menurunkan cermin tingkap......

"Kenapa Kak.....apa masalah kereta", Wanita itu menjawab tapi Ahmad kurang mendengar..mungin disebabkan bunyi bising enjin kenderaan...cuma wanita itu menuding tong kosong tu dan menunjukkan ke aras hadapan... ohhhh memikirkan agak bahaya berhenti di tepi lebuhraya di waktu malam dan dengarkan kenderaan yang dipandu laju..itupun beberapa kenderaan tadi membunyikan Hon yang agak panjang....Ahmad mengambil keputusan untuk menumpang wanita tersebut...Ahmad membuka pintu van dan mempelawa wanita bersama anak lelakinya itu naik. Tanpa sepatah kata..wanita itu lantas naik ke dalam van sambil meriba anak lelakinya dan meletakkan tong kosong di sebelah kakinya.

Ahmad pun lantas meneruskan perjalanan...Wanita itu mengucapkan Terima kasih dan menunjukkan arah ke depan dan Ahmad terus memandu.

Tiada perkataan atau perbualan yang keluar dari mulut keduanya. Ahmad ingin bertanya....tapi memandangkan wanita itu hanya menundukkan mukanya lantas dipendamkan hasratnya. Untuk memecah kesunyian dan keheningan Ahmad lantas menekan punat radionya..Kebetulan Radio Ikim sedang menyiarkan bacaaan ayat-alQuran...surah al-baqarah.

"TUTUP".........tiba2 wanita itu bersuaran agak garau sambil jarinya menuding ke aras punat radio. Ahmad terkejut dan serta merta tengkuknya terasa meremang. Dan tiba2 dia merasakan deruan angin sehinggah resit tol yang diletakkan di hadarapan dashboardnya juga hampir terbang...tapi ditenangkan hatinya. ohhh mungkin dia tak mahu anak lelakinya terjaga dari tidur agaknya.

Tidak berapa lama lepas itu wanita itu bersuara kembali.... " BERHENTI DEPAN". Ahmad lantas memperlahankan kenderaannya sambil memasang lampu tinggi. Ohhh dihadapannya tesadai di tepi lebuhraya itu sebiji kereta Nisaan Sunny model mama berwarna Merah. Lega hatinya....ohhhh betullah ni manusia....sambil hatinya mahu tergelak kecil, Dia memasang signal ke kiri dan mula memperlahankan kenderaan. Sebagaimana tadi ada beberapa biji kereta dari arah belakang dan arah bertentangan membunyikan hon bertalu..."ishhhhhh....sabarlah sikit...." getus hati Ahmad tentang sikap pemandu di lebuhraya"

Tanpa separah kata..Wanita itu lantas membuka pintu van dan mula melangkah turun sambil mendukung anaknya...beberapa langkah ke hadapan Ahmad terperasaan yang tin minyak yang dibawa wanita itu tadi tertinggal di dalam vannya... dia lantas menanggalkan tapi linggang keledar nya dan ingin membuka pintu vannya untuk memanggil wanita itu dan memberikannya tin minyak tadi.

Dengan tak semena-semana tingap vannya diketuk dari luar. Ahmad yang terkejut menoleh serta merta...apabila dipandangnya..dilihatnya dua orang petugas peronda lebuhraya berada diluar kenderaaannya sambail bertanya "Ada apa Masalah Encik berhenti di sini"

Baru saja Hamd hendak menerangkan... sambil tangannya menunjuk ke aras wanita dan kereta Nissan Sunny tadi...ehhhhh sekelip mata wanita itu hilang dari pandangannya... termasuklah kereta Nissan tersebut. Tetapi Tin minyak masih berada di tangan Ahmad. Ahmad memberitahu yang dia ingin membantu wanita yang kehabisan minyak dengan menumpangkannya ke mari...tapi tak kan sekelip mata dia dah jalan...sedangkan tin minyak masih berada ditangannya....

Belum habis mendengar penjelasan Ahmad...lantas Petugas Peronda Lebuhraya lantas berkata "dah...dah...En sila jalan sekarang...jangan pusing ke belakang..." dengan mimik muka yang berkerut seolah sudah mengerti kisah sebenar yang dialami oleh Ahmad. Petugas itu juga berpesan lain kali tak perlu berhenti jika melalui kawasan tersebut. Petugas itu pun cepat2 memasuki kenderaannya dan mengiringi kenderaan Ahmad meninggalkan kawasan tersebut.

Ahmad yang masih bingung..meneruskan perjalanan sambil fikiran berserabut memikirkan siapa wanita itu. Dalam hatinya ingin cepat sampai ...sehingga ke hari ni masih terbayang kisah wanita misteri berkenaan. Setiap kali melalui kawasan tersebut hatinya apasti berdebar2 dan rasa ingin cepat2 melewati kawasan tersebut.

Sejak peristiwa itu Ahmad mula berkira2 mencari pekerjaan lain yang lebih sesuai......

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Layan lagi DI SINI:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment