7 'Checklist' Yang Kena Ada Setiap Kali Hari Raya. Barulah Lengkap!
Raya datang lagi! Persiapan raya pun kenalah rapi. Dah sedia ke semua?
Artikel ini telah ditulis oleh Suraya Zainuddin melalui laman web ringgitohringgit.com dan diolah semula oleh SAYS atas keizinan.
1. Baju Raya
Image via SAYS
Disunnahkan kaum Muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada Hari Raya. Imam Syafi'i berkata:
"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi'i, jil. 1, ms. 327.
Walaubagaimanapun, zaman sekarang ini ramai yang salah faham. Tak semestinya kena beli baju baru bila Hari Raya tiba. Cukup sekadar memakai pakaian terbaik yang kita ada. Itu sudah memadai sebenarnya.
Namun, beli belah sebelum Hari Raya sudah menjadi satu budaya dikalangan orang Malaysia. Tak salah kalau nak shopping asalkan tidak membazir. Sama ada nak beli baju raya atau tidak, itu terpulang.
Kos Baju Raya: RM300 (mungkin kurang mungkin lebih)
2. Kuih Raya
Image via www.friedchillies.com
Selalunya, bila balik kampung mesti kena bawa sedikit buah tangan, dan yang paling sesuai tentunya kuih raya. Rasa macam tak kena pula kalau balik kampung dengan tangan kosong, kan?
Ada macam-macam kuih raya yang kita boleh beli seperti cookies, tart nenas, samperit, dan banyak lagi. Kalau ikutkan harga sekarang, satu balang kecil ada lah dalam RM25. itu memang harga standard. Alang-alang dah balik kampung nak bagi orang makan, beli 4 balang terus.
Kos Kuih Raya: RM100
3. Duit Raya
Image via SAYS
Yang ini depends pada kemampuan masing-masing. Bagi yang bekerja dan bergaji besar, mungkin bajet untuk duit raya lebih sikit.
Sebelum raya, kena list down semua saudara mara yang layak untuk menerima duit raya, terutamanya sepupu-sepupu yang masih kecil atau yang masih belajar. Kalau ada 20 sepupu yang layak, maksudnya kat 20 orang tu lah kita kena bagi duit raya.
Jangan lupa juga atok, nenek, mak, ayah, dan anak-anak buah sekali ya. Dan musim hari raya ni mestilah akan ada budak-budak random datang beraya ke rumah nanti. Yang ni pun kena bagi juga (kalau ada bajet).
Kos Duit Raya: RM500
4. Zakat Fitrah
Image via SAYS
Wajib bayar zakat fitrah ya semua. Tak mahal, hanya RM7 setahun untuk seorang bagi kebanyakan negeri di Malaysia.
Kos Zakat Fitrah: RM7
5. Balik Kampung
Image via SAYS
Travel balik raya dah tak murah dah sekarang. Dengan kos kenaikan tambang bas dan tambang keretapi, dan juga tol, bajet untuk balik kampung pun kena naikkan sikit berbanding dulu. Kalau naik kereta, dinasihatkan untuk tak travel sorang-sorang sebab mahal. Lebih baik carpool dengan ahli keluarga atau rakan yang lain. Sekurang-kurangnya tak lah terbeban sangat.
Kos Balik Kampung: RM100
6. Makan minum dalam perjalanan
Bila dah buat roadtrip, mustahil lah tak beli air dengan gula-gula atau jajan (kecuali bulan puasa). Dalam perjalanan balik tu jugak, nampak pula orang bakar lemang. Tak kan nak tengok saja betul tak? Kenalah beli sebatang dua.
Kos Makan Minum: RM50
7. Lain-lain atau miscellaneous
Image via SAYS
Selalunya, inilah kos yang kita macam tak perasan. Dan bila tak perasan, maka lupa jugalah nak adakan sedikit 'duit tepi'. Kena jugak ambil kira kos beli juadah kat bazar Ramadan, duit sedekah, kos belanja breakfast atau lunch, duit untuk last minute shopping, duit nak beli songkok atau butang (kalau tertinggal kat rumah), duit tukar tayar pancit, dan macam-macam lagi.
Mana tahu tiba-tiba teringan nak makan Briyani Gam pulak raya ni, atau tiba-tiba anak-anak buah mintak belikan mainan, ini semua dikira sebagai kos dan tak boleh diambil mudah. Take note okay.
Kos Lain-Lain: RM150 maksimum
KOS KESELURUHAN
Bila ditambah semua kos yang ada dalam senarai ni, jumlah keseluruhan bajet untuk raya adalah RM1,207. Pastinya kos ini hanyalah satu panduan atau contoh. Kos yang sebenarnya mesti berbeza bagi kebanyakan orang.
Ingat, Hari Raya ni memang banyak pakai duit. Jadi kalau kali ni anda tak sempat nak menabung, senarai ini boleh anda jadikan panduan untuk anda menabung lebih awal supaya lebih bersedia menghadapi Hari Raya pada masa akan datang tanpa poket bocor. Ada banyak cara yang kita boleh pakai sebenarnya untuk lebih berjimat-cermat.
Image via tumblr.com
Ada lagi bajet yang kami terlepas atau tak senaraikan? Kongsikan di ruangan komen di bawah ya. :)
Apa-apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat. :)
Image via Najib Razak/YouTube
Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!
Bila dah pergi beraya kat rumah orang tu, kenalah jaga adab dan tatasusila ya:
Leave a comment