Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah - "Bukan Sekadar Drama & Cerita Islamik Cliche"

Jangan lupa tonton di slot Akasia dari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.

Cover image via @dramasangat (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jalan kehidupan di dunia ini bukanlah ringkas seperti yang kita semua sangka, ia kadangkala disulami liku-liku yang tidak dijangka

Untuk itu, siri drama terbaharu di slot Akasia berjudul 'Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah' tampil menceritakan kesulitan yang dialami dalam mengharungi cabaran dunia yang fana ini.

Dibintangi oleh Rita Nadira, Aniq Suhair, dan Aidit Noh. Siri drama ini telah memulakan tayangan perdananya di slot Akasia, TV3 bermula 9 Januari lalu bagi menggantikan I Love You, Stupid.

Selain mengangkat masalah sosial dan kekeluargaan, drama ini juga membawa kembali memori zaman muda penonton yang mungkin pernah ada crush bersama fasilitator, cemburu iri hati antara kawan-kawan dan kehidupan di asrama seperti bangun untuk qiamulail, solat jemaah dan makan nasi dulang bersama-sama.

Drama 'Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah' ini merupakan arahan oleh Shuhaimi Zulkefli dan penulis skrip oleh Sharifah Abu Salem yang mengangkat tema islamik dalam penceritaannya.

Image via @dramasangat (Instagram)

Latar belakang dan sinopsis 'Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah'

Dania terlanjur dengan teman lelakinya, Qabil dan mendapati dirinya telah mengandung. Dania meminta Qabil bertanggungjawab tetapi Qabil hanya anggap Dania bergurau, dan seterusnya menghilangkan diri. Ayah Dania, Datuk Safuan mahu Dania menggugurkan kandungannya kerana menganggap kehamilan Dania bakal memusnahkan impiannya yang sedang sibuk berkempen jawatan presiden persatuan niaga.

Ibunya, Datin Kay bertindak menyembunyikan Dania di Wadi Safiyyah, pusat perlindungan gadis bermasalah. Tanpa diduga, pusat tersebut dimiliki oleh ibu bapa Iqbal. Dania mula mendapat ketenangan di Wadi Safiyyah dan menyerahkan cintanya kepada Allah.

Iqbal pulang ke Wadi Shafiyyah dan menjadi perhatian penghuninya terutama Nora dan Sheera. Adik angkat Iqbal, Ustazah Umairah juga gembira dengan kepulangannya. Umairah memang mencintai Iqbal dan meletakkan harapan selepas tunang Iqbal, Siti Aisyah meninggal dunia.

Haji Mukri menyerahkan tugas mengendalikan Wadi Shafiyyah kepada Iqbal. Di situ, Dania berjumpa dengan Iqbal tanpa mengetahui dia adalah adik kandung kepada Qabil. Iqbal terkejut kerana wajah Dania selepas mengenakan tudung mirip dengan arwah tunangnya. Iqbal mula menumpukan perhatian kepada Dania dan ia menimbulkan ketidakpuasan hati Ustazah Umairah. Beberapa bulan kemudian, Qabil pula muncul di Wadi Safiyyah. Apakah yang bakal terjadi antara Dania, Iqbal dan Qabil? Dania, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. 

Image via @dramasangat (Instagram)

Akibatnya, papanya, Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial.

Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada Allah. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.

Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan al-Quran kecil daripada lelaki itu.

Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai Allah dan Rasul-nya terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan.

Image via @dramasangat (Instagram)

Nantikan episod terkini 'Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah' di slot Akasia dari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.

Tonton juga semua episod secara PERCUMA dan EKSKLUSIF di aplikasi @iqiyimalaysia!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment