Curang Itu Saja Suka-Suka "Test Market" Atau Hubungan Sudah Mulai Bosan?
Mereka yang curang ini kebanyakannya nak mencari sensasi baru dalam hubungan terlarang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kebelakangan ini banyak betul cerita dan kisah curang dikongsikan di media sosial terutamanya di Twitter
Rata-rata pengguna Twitter banyak meluah perasaan di satu platform bernama "NotGonnaLie" (NGL) dan cerita kecurangan pasangan selepas beberapa tahun berkahwin menjadi perkara biasa atau "trend" untuk zaman sekarang.
Image via Twitter
Mereka yang curang ini kebanyakannya nak mencari sensasi baru dalam hubungan terlarang. Mungkin juga mereka nak “test market” atau pasang “scandal”.
Tahukah anda, kecurangan pasangan yang berlaku hari ini mungkin berlaku dalam kalangan orang terdekat dan rapat dengan kita. Mungkin juga dengan kawan baik sendiri?
Buat wanita di luar sana yang mengalami kecurangan seperti ini, kuatkan semangat dan teruskan kehidupan. Mungkin ada sinar di sebalik apa yang terjadi.
Persamaan jalan cerita kecurangan macam ini sebenarnya ada di slot Sakura TV3 yang bertajuk Perempuan Itu
Mimi Lana sebagai Khalish yang menjadi isteri kepada Emir lakonan Zul Ariffin. Khalish dan Emir berkahwin atas dasar keluarga mereka.
Khalish merupakan wanita yang kuat mempertahankan maruah dan memperkasakan wanita yang mengalami nasib yang sama dengannya. Kecurangan suaminya membuat dia kuat untuk menghadapi cabaran hidup.
Image via tonton
Jangan lupa Perempuan Itu di slot Sakura TV3 setiap Isnin hingga Khamis pukul 6 petang dan strim sekarang di www.tonton.com.my!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment