[VIDEO] Dah Siap Berbusana Baju Pengantin, Lelaki Ini Termalu Silap Tengok Tarikh Nikah
Amboi, bawa bersabar ye bang.
Majlis pernikahan merupakan momen indah yang dinantikan oleh setiap pasangan kekasih
Setiap pasangan kekasih menginginkan hubungan yang lebih serius dan membina satu keluarga yang diimpikan.
Lain pula yang terjadi pada video ini berkenaan gelagat lucu seorang lelaki yang berpakaian busana pengantin telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Siap pakai busana penuh pengantin untuk nikah, rupa-rupanya salah tarikh
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @kaklizleg di TikTok, dilihat gelagat lucu seorang lelaki yang siap berbusana untuk bernikah ditegur oleh kakaknya.
Apa yang lebih melucukan adalah lelaki itu sebenarnya tersalah tengok tarikh dan segera menanggalkan busana nikahnya itu di dalam bilik.
Kakaknya yang dilihat stres melihat gelagat adiknya yang tidak sabar-sabar ingin menikah.
Image via @kaklizleg (TikTok)
Image via @kaklizleg (TikTok)
"Excited sangat tu dik, bawa bersabar ye" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 483.9K tontonan, 39.7K tanda suka dan 1.9K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lucu lelaki itu.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @kaklizleg (TikTok)
Image via @kaklizleg (TikTok)
Image via @kaklizleg (TikTok)
Aduh, nasib baiklah kakak awak tegur. Kalau dibiar tu, habis jadi gosip satu kampung :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment