Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Datuk Red Terharu Dr Azizan Osman Sudi Tawar Bimbingan Dengan Kerjasama Dr Samhan

Dr Samhan berbesar hati melantik Datuk Red sebagai 'Ambassador Partner' bagi produk kesihatannya.

Cover image via Azizan Osman (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suami penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red, 46, meluahkan rasa syukur dan terharu apabila Datuk Wira Dr Azizan Osman sudi memberi bimbingan kepadanya untuk bangkit semula dalam perniagaan

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, beliau menyatakan perasaan tersentuh hati apabila dihubungi Dr Azizan memberikan kepercayaan kepadanya berkerjasama dengan anak didiknya, Dr Samhan seorang pempengaruh kesihatan yang juga doktor perubatan.

“Saya sedang membuat siaran ‘live’ di TikTok, kebetulan Dr Azizan menegur saya ketika itu, selepas itu beliau menghubungi saya dan menawarkan bantuan bimbingan dengan kerjasama bersama Dr Samhan.

“Walaupun begitu, ada syarat-syarat yang perlu dipersetujui agar saya tidak tersasar terutama dalam perniagaan,” katanya.

Image via Azizan Osman (Facebook)

Datuk Red dilantik sebagai 'Ambassador Partner' bagi produk kesihatan lelaki

Jelasnya lagi, beliau turut bersetuju apabila Dr Azizan juga turut mencadangkan beliau melantik peguam yang dipercayai untuk mengurus pendapatannya dan mengasingkan khusus memudahkan baginya menyelesaikan setiap hutang-hutangnya.

Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata, bimbingan ini direalisasikan hasil kerjasama dengan pemilik Him Wellness Clinic, Dr Samhan memfokuskan produk dan servis untuk kesihatan lelaki.

“Saya yakin dengan kerjasama ini, Datuk Red dapat bangkit semula dan mencapai jualan pertamanya sebanyak RM1 juta dalam tempoh tiga bulan.

“InsyaAllah, dengan izinNya dan sokongan daripada semua pihak, saya dan RichWorks akan cuba membantu Datuk Red dengan bimbingan perniagaan agar beliau dapat menyelesaikan hutangnya dan keluar dari kebankrupan dengan memulakan perniagaan baru ini.

Image via Azizan Osman (Facebook)

“Dengan sokongan padu daripada orang ramai dan komitmen Datuk Red, saya jangkakan beliau akan dapat keluar daripada kesilapan dan belenggu hutang sebanyak RM7 juta ini dalam tempoh tiga tahun.

“Saya akan pantau beliau, itu syarat saya,” tambahnya lagi dalam majlis rumah terbuka di kediaman bonda beliau di Tengkera, Melaka.

Turut hadir Dr Samhan yang berbesar hati melantik Datuk Red sebagai ‘Ambassador Partner’ bagi produk kesihatannya.

“Idea ini lahir dari Dr Azizan dan saya fikirkan ini satu peluang bukan sahaja dapat membantu Datuk Red tetapi sekali gus membantu orang ramai menjana pendapatan.

“Perancangan promosi akan disusun bersama Dr Azizan dan Datuk Red selepas selesai kami menandatangani perjanjian ini,” ujarnya.

Ditanya adakah beliau tidak risau kecaman netizen, jelasnya ia bukanlah perkara utana yang perlu difikirkan tetapi melihat kesungguhan Datuk Red untuk berubah kepada kehidupan lebih baik.

Dalam pada itu, Dr Azizan juga mengumumkan RichWorks akan mengadakan bimbingan perniagaan secara langsung di Kota Bharu pada 24 April ini dan di Shah Alam pada 22 Mei bagi pengusaha terpilih di sekitar Pantai Timur dan Semenanjung Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment