Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Demi Tunaikan Permintaan Kakak Mengidam, Pemuda Sanggup Tolak Motor Rosak Ini Dipuji Ramai

Baiknya, semoga Allah SWT luaskan rezeki awak dik.

Cover image via @manrelax99 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hubungan adik-beradik ibarat air dicincang tidak akan putus, gaduh macam mana sekalipun tetap akan berbaik juga akhirnya

Kebiasaannya, anak lelaki akan memikul tanggungjawab yang lebih untuk adik-beradik perempuan mereka. Walaupun anak bongsu, mereka tetap menjaga kakak mereka dengan sangat baik.

Seperti sebuah video yang tular ini memaparkan kegigihan seorang pemuda sanggup tolak motosikal rosak semata-mata ingin menghantar makanan buat kakaknya yang sedang hamil telah menyentuh hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kakak teringin nak makan masakan mak, adik sanggup datang hantar walaupun motor rosak

Menerusi video yang dimuat naik oleh @manrelax99, kelihatan pemuda itu sedang berada di tepi jalan raya sambil berpanas.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah rupa-rupanya, dia tersadai di tepi jalan kerana motosikalnya rosak.

Lebih menyentuh hati, dia rupa-rupanya dalam perjalanan untuk menghantar makanan kepada kakaknya yang hamil dan mengidam.

"Nak pi hantar makanan dekat kak sebab dia mengandung teringin nak makan nasi lemak mak. Tapi masa perjalanan tu moto rosak. Nak buat macam mana untuk anak buah dalam perut paksu sampai," katanya.

Image via @manrelax99 (TikTok)

"Bagusnya sanggup tolak demi kakak mengidam dapat makan. Kalau aku dah nangis tengok adik aku macam ni" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 389.4K views, 41.7K likes dan 281 shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut tersentuh melihat pengorbanan pemuda itu demi menunaikan permintaan kakaknya yang mengidam.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @manrelax99 (TikTok)

Image via @manrelax99 (TikTok)

Image via @manrelax99 (TikTok)

Image via @manrelax99 (TikTok)

Image via @manrelax99 (TikTok)

Image via @manrelax99 (TikTok)

Semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah buat awak dik, besar pengorbanan tu!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment