Didakwa Guna 'Rice Wine' Dalam Masakan, Restoran Terkenal Tutup Sementara Undang Persoalan
Alamak, tak kan letak alkohol.
Banyak kedai makanan yang kita boleh lihat di tular menerusi TikTok
Sudah tentu apabila sudah tularnya restoran dan kedai-kedai ini, ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mencubanya sendiri. Adakah sedap sama seperti yang dikongsikan betul tak?
Namun, baru-baru ini tular video apabila seorang individu mendakwa sebuah restoran terkenal yang menjual nasi ayam di dalam periuk tanah mencetuskan kontroversi kerana meletakkan alkohol di dalamnya.
Lihat video itu di bawah:
Dakwa gunakan rice wine yang mengandungi alkohol
Menerusi video tersebut kelihatan akaun TikTok mendedahkan cara penyediaan makanan oleh restoran berkenaan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila individu itu menunjukkan pekerja kedai menggunakan minyak bijan dan juga campuran rice wine. Untuk pengetahuan anda, rice wine adalah sejenis alkohol yang digunakan di dalam masakan.
Namun, difahamkan bahawa pemilik restoran itu beragama Islam dan makanan yang disajikan tersebut halal. Difahamkan, restoran berkenaan telah tutup buat sementara dan buat masa ini masih tiada kenyataan daripada mereka.
Image via TikTok
"Tengok memang sedap. Sekali kalau tengok video ni terus tak jadi bahaya dosa" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenai isu berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 464K views, 8,508 likes dan 1,736 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via TikTok
Image via TikTok
Image via TikTok
Image via TikTok
Image via TikTok
Kalau betul benda ni, kesian mereka yang dah makan terutama umat Islam :(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment