Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Dipulau Oleh Keluarga Kerana Pernah Bekerja Sebagai 'Kupu-Kupu' Malam. Strim Di Tonton!

Tak sabar nak tengok!

Cover image via Tonton

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah telefilem baharu telah menemui anda di Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana pada 5 Jun lalu

Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana merupakan hasil terbitan Anomalous Films yang diarahkan oleh Syed Fariz.

Telefilem ini menampilkan barisan selebriti popular tanah air iaitu Mimi Lana, Fikry Ibrahim, Zamarul Hisham, Zarina Zainuddin dan dibantu oleh barisan pelakon baharu seperti Puteri Rayyana Rayqa, Husna Mustaffa dan Nizam Kama.

Bekas gadis escort hidup bahagia selepas berhijrah menjadi kucar-kacir apabila diganggu oleh seseorang daripada kisah silamnya

Saleha (Mimi Lana) adalah isteri kepada seorang ahli perniagaan berjaya iaitu Amir (Fikry Ibrahim). Mereka dikurniakan seorang anak yang bernama Nurain (Puteri Rayyana Rayqa). Perkahwinan mereka bahagia dan baik-baik saja selama lapan tahun.

Amir merupakan seorang suami yang penyayang dan warak. Segala keperluan buat si isteri dipersiapkannya. Malah, Saleha yang dikahwininya pula adalah seorang wanita yang berpegang teguh kepada agama dan merupakan sukarelawan NGO (Non-governmental Organization) untuk mengisi masa lapangnya.

Di samping itu, Saleha juga bertuah kerana mempunyai keluarga mentua yang sangat baik, lebih-lebih lagi ibu mertuanya (Zarina Zainudin) yang sangat menyayangi dirinya dan menganggap Saleha seperti anaknya sendiri memandangkan Saleha adalah anak yatim.

Image via Tonton

Namun, kehadiran seseorang di sebuah majlis keluarga mereka telah mengubah segalanya

Pada suatu hari, keluarga Amir membuat majlis kesyukuran untuk menyambut kepulangan Pak De’ (Zamarul Hisham) setelah lama merantau.

Pak De’ adalah adik angkat arwah bapa Amir yang telah dianggap ahli keluarga rapat oleh seluruh keluarga Amir. Tetapi sejak Amir dan Saleha berkahwin, mereka tidak pernah bersua muka sehinggalah pada hari majlis kesyukuran tersebut.

Ketika majlis berlangsung, Saleha ternampak satu susuk tubuh yang seperti sangat dikenalinya. Dia merasa cemas kerana lelaki itu merupakan seseorang yang datang dari masa silamnya. 

Sejak dari itu, kehidupan Saleha sentiasa tidak aman kerana diganggu oleh Pak De’. Adakah Pak De' bakal menghantui kehidupan dan kebahagiaan Amir dan Saleha?

Image via Tonton

Image via Tonton

Jangan lupa saksikan Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my dan muat turun aplikasi Tonton di Apps Store dan Play Store sekarang!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment