Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Doktor Report I'm Free From Cancer!" - Lelaki Kongsi Tips Kecutkan Tumor Dalam Telinga

Amirul Ashraf berpesan kepada pesakit di luar sana agar tidak berputus asa dalam melawan penyakit ini.

Cover image via Sing Health

Tiada manusia di dunia ini yang ingin mendapat kesakitan, lebih-lebih lagi penyakit yang boleh membawa maut

Namun kadang-kadang kita tidak dapat mengelakkan diri daripada sakit atau mengalami penyakit. Kesakitan mempunyai tahap yang tersendiri dan tak semua orang mempunyai daya ketahanan yang sama terhadap sesuatu kesakitan.

Image via Hidayatullah

Walau bagaimanapun, ketika menghidap sesuatu penyakit, setiap seseorang itu haruslah sentiasa berjuang dalam meneruskan kehidupan dan mempunyai keinginan untuk menyihatkan diri.

Selain mengambil ubatan yang telah disyorkan doktor, pesakit perlu patuh dalam menjalani rawatan susulan mengikut jadual yang telah ditetapkan doktor, di samping dinasihatkan supaya mengamalkan gaya hidup sihat terutama membabitkan pengambilan makanan dan senaman.

Seorang pengguna Twitter, Amirul Ashraf yang sebelum ini menghidap Neuroma Akustik telah meluahkan rasa kesyukurannya yang kini telah bebas dari penyakit tersebut

Image via Twitter @xmirulxshrxf

Neuroma Akustik atau Vestibular Schwannoma merupakan ketumbuhan benigna yang membesar daripada sel-sel Schwann yang meliputi vestibular, saraf pendengaran (kelapan). Ia sering membesar bermula di terusan pendengaran tempurung kepala (yang terlepak di saraf kelapan) dan kemudiannya mengembang ke dalam untuk menekan otak.

Image via Amazine

Amirul Ashraf telah berkongsikan rahsia pemakanannya yang mana dia mengamalkan minum air putih selepas bangun dari tidur. Selain itu, dia yang sebelum ini tidak gemarkan sayuran kini telah memperbanyakkan makanan itu di dalam pemakanannya.

Baca perkongsiannya di bawah:

Doktor report I'm free from cancer!

Tak sia-sia aku berdoa, jaga pemakanan, do the healthy activity and lastly Allah kabulkan doa aku. Aku menangis bila doktor beritahu aku, terus sujud syukur. Patutlah aku rasa tenang sangat 2-3hari lepas. Thank you Allah.

Untuk pesakit luar sana, jangan putus asa okay? Kalau Allah itu sayang kita pilih kita, dia akan bagi yang terbaik untuk kita. Semoga Allah memberi kesihatan dan kesembuhan kepada korang. Keajaiban Allah itu sungguh indah.

Doktor said, tumor aku dah kecut and he suggest me for do operation ASAP. InshaAllah settle kerja aku buat pembedahan. So, aku takkan tunggu lama sangat. Terima kasih kepada yang mendoakan, semoga Allah balas kebaikan yang lebih kepada korang.

Aku just ambil makanan yang natural. Minum air putih setiap hari. Sehari 12 kali dan amalkan selepas bangun tidur. Aku tak makan 3 jam sbelum tidur. Aku banyak makan ubi, lobak dan sekutu dengannya. Aku non-vege. Tapi aku paksa juga. Selebihnya aku bersenam tiap hari.

Aku sendiri tak tahu macam mana benda itu hilang dan aku yakin dengan Allah. Semua yang kita dapat dari Dia, Dia yang berkuasa. Believe in Allah. Keep praying to ourself and everyone.

Thanks untuk semua mendoakan, semoga Allah balas kebaikan yang berganda kepada anda semua. Maaf lambat untuk ucap sebab hari ini hang out happy sangat.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment