Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Tak Tahu Nak Bagi Doorgift Apa?” - Ini 12 Jenis Hadiah Bawah RM7 Untuk Tetamu Anda

Semua memang bermanfaat!

Cover image via Shopee Nik Hamidi

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kepada pasangan pengantin yang bakal mengadakan majlis pernikahan, sudah tentu pelbagai persiapan yang perlu dilakukan bukan?

Daripada jenis pelamin, baju, dewan sehinggalah doorgift. Semuanya perlu disiapkan dengan teliti mengikut cita rasa sendiri. Ada yang pening fikir nak bagi doorgift apa? Jom tengok perkongsian kami kali ini!

Image via GIPHY

1. Roti Gardenia (RM4.29)

Image via Shopee

Pasti di sini semua pernah makan roti putih bukan? Ia sudah menjadi rutin semua orang setiap pagi, iaitu makan roti sebelum pergi ke kerja atau sekolah. Jadi, sudah tentu ramai yang sukakan doorgift ini!

Beli di sini

2. Hand sanitizer (RM3.50)

Image via Shopee

Had sanitizer sudah menjadi barang yang wajib ada di dalam beg atau poket kita. Tambahan lagi, pada musim endemik ini, memang penting untuk semua menjaga kebersihan tangan. Kalau anda hadiahkan hand sanitizer, sudah tentu ramai yang akan gunakannya. 

Beli di sini

3. Coklat (RM2.16)

Image via Shopee

Siapa saja yang tak suka manisan seperti coklat? Anda boleh customize paket coklat dengan nama pengantin dan design pilihan anda. Memang cantik dan estetik.

Beli di sini.

4. Sejadah (RM6.82)

Image via Shopee

Sejadah muka yang kecil dan senang dibawa ke mana-mana memang bermanfaat untuk semua orang. Sesetengan orang akan letakkan ia di dalam kereta supaya senang untuk solat jika travel. Paling best, siap ada kotak hadiah yang cantik. 

Beli di sini

5. Sapu tangan (RM0.79)

Image via Shopee

Sapu tangan ini pun banyak digunakan terutamanya bagi anak-anak yang pergi ke sekolah ataupun yang bayi. Jadi, kalau hadiahkan sapu tangan memang berguna! 

Beli di sini

6. Tuala beruang (RM1.88)

Image via Shopee

Tuala beruang ini juga sangat unik dan cantik bentuknya untuk dijadikan hadiah. Ia juga ada pakej dengan beg plastik untuk diberikan kepada para tetamu. Memang convenient!

Beli di sini

7. Set sudu garpu (RM0.85)

Image via Shopee

Mak-mak mesti suka kalau hadiahkan set sudu garpu ini, boleh tambah koleksi di rumah. Hadiah ini sememangnya sangat berguna kepada tetamu yang berkeluarga ataupun masih bujang. 

Beli di sini

8. Senduk dapur (RM1.20)

Image via Shopee

Senduk nasi juga merupakan hadiah yang berguna untuk para tetamu. Siap ada bekas yang cantik untuk tetamu bawa balik rumah. Memang berbaloi! 

Beli di sini

9. Kicap (RM3.80)

Image via Shopee

Kicap dan sirap juga merupakan bahan asas memasak jika ingin menyediakan sesuatu hidangan. Jadi, memang tak membazir jika kita hadiahkan bahan memasak. 

Beli di sini

10. Madu (RM1.70)

Image via Shopee

Madu memang banyak khasiatnya. Bakal pengantin boleh hadiahkan mini madu dalam jar untuk para tetamu. Memang sangat eksklusif dan cantik! 

Beli di sini

11. Cookies (RM3.10)

Image via Shopee

Cookies ini memang digemari ramai orang tak kira usia. Confirm sekali makan, memang tak berhenti. Cookies juga diletakkan dalam jar kaca yang estetik. 

Beli di sini

12. Scented candle (RM3.90)

Image via Shopee

Scented candle ini memang wangi baunya. Ramai yang dah recommend melalui ruangan komen di Shopee. Harganya juga mampu milik dengan kualiti dan baunya. Kalau anda hadiahkan ini kepada tetamu, sudah tentu mereka akan suka!

Beli di sini. 

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua! Selamat membeli :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment